Thursday, October 29, 2009

apakah?


Assalamualaikum. aku nak tanya sikit la kan, kalian pernah ke jawab atau tanya soalan-soalan yang sedemikian maklum sangat lah umum? ayat apa la yang aku cakap ni kan? haish. maksud aku, pernah ke orang lain tanya, "awak dah makan?" bila belum makan, mula lah nak tanya, "kenapa belum makan?" grrrr.. geram, geram! aku tak suka orang tanya macam tuh. kalau orang rapat-rapat macam kawan ke? tak apa la kan. ni orang mana entah, aku sendiri tak kenal. rasa macam nak tekan delete sahaja. biar tak payah kenal atau sembang lagi senang. ayat-ayat seperti itu sangatlah menjengkelkan hidup aku. namun, apabila perkara tersebut berulang kembali, aku tidak akan teragak-agak untuk memberi ayat yang sangat indah agar orang itu sedar.

tapi ada perkara lain juga yang aku tak suka. sebagai contoh, perkataan "mam". kadang-kadang aku terfikir, apa lah yang dimaksudkan dengan "mam"? lepas dah tanya orang, baru aku faham maksud dia. haish. kalau nak pendekkan ayat sekalipun, janganlah sampai menyusahkan orang lain untuk faham. maaf, aku bukanlah nak marah kepada sesiapa yang terasa tapi fikir-fikirkan lah juga. tak salah pun sebenarnya. tapi ayat-ayat yang buatkan aku pening memang aku marah. ada juga seorang lelaki yang tidak dikenali, aku terus basuh dia sampai lah dia ambil keputusan untuk menekan perkataan sign out pada skrin komputer. anda nak cakap aku kejam? bukan kejam tapi aku memang nak tunjukkan kepada orang tersebut bahawa aku tak suka percakapan sebagaimana yang telah aku nyatakan.

cukuplah sekadar itu sahaja inginku cakap pada entry ni. selamat berjumpa lagi.salam~

2 comments:

Adek Abigail said...

bkn kojam dah ni.. sadis.. hahaha..

Zahirah said...

sadis?
sikit la..
haha x))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...