Assalamualaikum dan selamat malam. sesudah masuknya bulan oktober ataupun seperti lagu awie iaitu tragedi oktober, maka aku kena ringan-ringankanlah jari-jemari untuk menaip entry ni. sejak bila pula aku minat awie? haish. abaikan. tapi bulan oktober begitu bermakna kot bagi aku. bukan bermakna dah tapi betul-betul menambahkan usia aku yang begitu muda ni. haha. hari yang ke berapa tuh sila abaikan. jika anda hebat, cuba la teka ;p
makluman untuk anda-anda semua, entry ini bukanlah berkaitan mengenai hari raya seperti kebanyakan orang lain. maaf, inginku biarkan sementara entry tersebut. namun, demi untuk tidak menghampakan harapan seseorang, aku buat lah juga entry ini. sebelum itu, entry ini sebenarnya mempunyai kaitan dengan wanita. jika anda seorang lelaki, tidak mengapa. anda boleh join juga. manalah tahu anda berkenan dan ingin belikan untuk teman wanita anda. aik, lain benar bunyinya. macam nak jual sahaja, bukan? haha.
panjang betul entry aku ni. bila nak sampai matlamat utama pun aku tak tahu. kesian anda semua nak baca satu-persatu ayat yang aku taip ni. tak apa, tak rugi pun anda baca ni semua. baiklah, malas betul nak membebel panjang kat sini. maka dengan itu, sila anda tekan cantik itu anda untuk bersiar-siar sambil makan angin di sana. oh, lupa pula. aku di sini memainkan peranan sebagai seorang jurujual untuk menjual brooch ataupun lebih dikenali sebagai kerongsang. kalau tak faham, anda terjah sahaja blog tersebut.
zaman dah berubah, dunia dah maju. sebab itu, tak hairanlah kalau kita boleh membeli barang-barang secara online di laman-laman web yang sudah sedia ada. bukan itu sahaja, anda juga dialu-alukan untuk membeli kerongsang yang aku tawarkan sebentar tadi :)
ramai teman-teman bertanya, kenapa tidak jalankan perniagaan tersebut sebelum raya? maaflah ya, aku tersangatlah sibuk dengan peperiksaan yang melanda diri. tak sempat nak buat duit lagi. sekarang baru ada kelapangan masa untuk berbuat demikian. apa-apa pun, selamat menterjah dan selamat bershopping! ;D
No comments:
Post a Comment