Saturday, January 22, 2011

lapar bagai singa :p

Assalamualaikum. Beberapa jam sahaja lagi aku bakal meninggalkan akademi ini. Awww.. Menipu je. Tampar, nak? Hahaha. Lakonan semata-mata ye? Aku bukannya nak tinggalkan apa-apa pun tetapi hanya tinggalkan rumah buat sementara waktu. Itu tidak bermakna aku lari rumah ke apa ke, kan? Jangan buat cerita tau. Tuhan tak suka orang buat fitnah. Huhu. 1 Februari nanti aku balik rumah untuk menyambut ulangtahun kelahiran ibunda tercinta. Yeahhhhh.. Tak sabar :)

Haaaa.. Aku sebenarnya tiba-tiba teringin la kan nak makan. Makan apa? Jom terjah! :D

ikan siakap tiga rasa. Yummy! :D Sedap tak? Terliur tak? Hahaha :p Terkantoi pula ada otak-otak dekat situ. Hehe ^_^v

Sotong disaluti tepung. Rangup wa cakap lu.. Percayalah~ Haha :p

Akhir kata, tuan empunya blog pun harus binti wajib la kan ada dekat sini :p

Cik Hira mahu berpantun 2 kerat ni. Dengar ye? :D

Pergi ke pasar membeli ikan,
Wahai rakan-rakan sekalian jemputlah makan.

Ehem ehem. Minta ampun ye pak kalau pantun tu tak bagus. Hoho. Saya main buat je pantun tu. Saya suka buat pantun dan deklamasikan sajak tetapi saya bukan budak sastera. Hehe ^_^

Friday, January 21, 2011

Hira berkata :D


Assalamualaikum.. Ehem ehem. Maaf ye awak semua. Saya tidak mempunyai jaringan internet lagi. Disebabkan itu, saya tak online selama 2 hari. Sedih tak? Tak sedih tu, silalah buat-buat sedih. Ambil hati aku ni. Kalau tak, aku sekeh. Hahaha. Tapi macam mana aku boleh online ni? Macam mana aku nak terangkan eh? Aku hack orang lain punya internet kot, boleh? Uish... tidak la. Janganlah buat andaian yang tak betul tu. Aku guna wifi free je ni *terpaksa* Ada ciri-ciri jahat tak? Lalala~ Hahaha :p

Lagipun kan, aku bukannya boleh guna internet lama. Lusa aku dah berangkat kembali ke matrik kesayanganku di Johor nun di sana. Aww... rindu matrik! *pengakuan tak berapa ikhlas* Haha :D Selepas ni, aku dah jarang online. Sudah semestinya kerjaku menunggu di sana. Tak boleh lagilah nak bangun lambat tiap-tiap pagi. Saya budak matrik, tak sama dengan budak universiti. Budak universiti ada kelas tak kira masa sama ada pagi, petang ataupun malam. Tapi aku kelas dari 8 pagi sampai 4 petang. Itulah rutin harian aku setiap hari. Kadang-kadang tu ada jugalah kelas tambahan bagi habiskan sillabus dengan cepat.

Walaubagaimanapun, aku tetap risau. Kerja aku tak siap lagi. Kerja berkumpulan terutamanya. Budak lelaki kumpulan aku hampeh sikit. Buat kerja sikit pun tak siap-siap. Bukannya banyak sangat pun. Aku pasti cuti pertengahan semester ni, mereka betul-betul bercuti dan tinggalkan kerja-kerja mereka tu. Sudahlah salah seorang dari mereka itu merupakan ketua kumpulan. Seperti bukan dia ketua kumpulan tetapi aku. Aku yang kena uruskan semuanya. Bagus mereka ni kan? Cari budak perempuan untuk buat kerja tetapi mereka yang goyang kaki. Awww.. Terlebih sudah. Ampun ya pak... Hahaha. *sila jangan terasa ye? :p*

Aku sudahpun kemas apa-apa yang patut. Hanya tinggal sedikit sahaja lagi siaplah kerja-kerjaku itu. Aku tanamkan keazamanku itu. Yeahhhh.. Semangat sikit! Ehek ehek. Seronok~ :)

P/s: Terima kasih kepada Wifi free kerana dirimu begitu berharga. Lalala~ :p
P/s/s: Sila rindu saya ye wahai teman-temanku yang disayangi? :D
P/s/s/s : Terima kasih kepada sesiapa yang jenguk blog ini dan sudi follow :)

Tuesday, January 18, 2011

Oh bulan

Assalamualaikum. Awak... awak nampak tak bulan malam ni sangat cantik? Saya terpana sebentar melihat keindahan bulan tersebut. Saya tak tipu awak. Awak lihatlah sendiri kalau tak percaya cakap saya. Pergilah... Saya tahu awak tak percaya. Cepat.. Nanti awak tak boleh tengok dah. Hahaha. Mendesak pula aku kan? Rasa macam nak sekeh tak eh? Hoho. Bawa bersabar :) Nah, lihatlah.


Tadi ada ambil gambar bulan tetapi tak secantik DSLR anda semua :( Kecik, bukan? Kenapa kita nampak bulan itu besar sedangkan kita ambil gambar jadi kecil? Adakah ia berkaitan dengan fizik? Hahaha. Aku dah merepek ni. Sila abaikan ye?

P/s: Tanganku sering mengalami gatal-gatal. Merah sudah :(

free :D

tumblr photography at charmroyal.com

Gambar di atas telah menerangkan segalanya. Huuu.. Seronok! Kerjaku masih dalam proses untuk disiapkan :)

P/s: entry pendek buat seketika :D

award :)

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada sesiapa yang belum tidur tu ye? Hehe. Kesian aku tak dapat tidur ni. Tadi bukan main beriya-iya nak tidur tetapi bila dah lama sikit mata tak nak lelap. Nak buat apa lagi kan? Aku blogwalking la. Seronok :) Dah alang-alang tu kan, mesti la nak update blog juga. Tipu la tu kalau aku cakap tak nak update. Aku buat pengakuan berani je ni. Jangan risau. Haha.

Lupa pula nak cakap. Para pengunjungku, sila sertakan link anda di blog ini ye bagi memudahkan saya untuk terjah balik blog anda. Bukan itu sahaja, jangan segan-silu letak shoutmix ataupun ruangan untuk para pelawat. Itu juga memudahkan kerja anda :) Bukankah begitu? Huhu. Kadang-kadang blog yang loading lama tu pun susah juga. Nak tunggu habis loading satu hal. Ditambah dengan berat blog tu lagi. Sakit kepala den nak terjah jang oi.. Hik hik. Ampun ye rakan-rakan? Saya cakap perkara yang benar.

Kembali ke topik asal :) Disebabkan tangan aku laju sahaja menaip tanpa memikirkan idea untuk entry ini, maka dengan itu aku nak masukkan award dari Tinie sahaja.

Cantik tak? Sila angguk ye rakan-rakan? Kalau tak, aku sekeh korang nanti. Haha. Huuuu.. Maaf ye awak. Saya baru nak interframe award yang awak bagi tu :D Terima kasih daun keladi, lain kali bagi lagi. Ehek ehek *gembira* :)

P/s: Masa untuk lelapkan mata. Selamat pagi semua :D

Monday, January 17, 2011

"make up"kah anda?


Assalamualaikum dan selamat pagi. Uhuk uhuk. Pagi ke tu? Dah nak tengah hari dah tu haaa.. Ada aku kisah? Tetap pagi laa... Hahaha. Jangan tengok tudung siapa yang tengah sidai tu ye? Harap maaf. Itu kawan sebilik aku punya :p Ehem ehem. Tadi terlihat profile kawan-kawan aku di Facebook. Muka mereka sudah berubah. Cun melecun wa cakap sama lu.. Pandai ber"make up" sudah. Aku juga tetap maintain. Serius, aku tak reti nak berdandan bagai ni :)

Setakat bedak compact dan pelembap bibir sahaja boleh la. Hahaha. Maaf la ye. Aku bukan jenis suka ber"make up" Pernah la sekali pakai. Kawan aku cakap muka aku agak pelik sebab selama ni tak pernah pun pakai "make up". Aku takut nak belanjakan duit aku untuk semua tu sebab aku semestinya dah tau yang aku ni jenis orang yang suka shopping *untuk barang-barang peribadi sahaja* I tak nak jadi boros la youuu.. Nanti tak ada orang nak peristerikan I nanti. Hahaha.

P/s: Make up untuk kahwin tak apa. Hahaha :p

Sunday, January 16, 2011

myspace

Salam :) Serius, aku tiba-tiba nak tukar bahasa diri aku sebagai I, boleh? Sengaja nak rasa ala-ala gedik gituuu.. Hahahaha. Sengal tahap ubi dah aku ni. Buang tabiat agaknya kan. Ehek ehek *gelak baru* Menyampah tak? Tampar je budak ini :D

Tadi tiba-tiba ternampak gambar ni dekat post aku yang berkurun lamanya dibuat. Aku tengok gambar ni dah tak ada dalam folder telefon bimbitku yang lama. Maka dengan itu, aku "sign in"lah myspaceku itu. Banyak kenangan dan juga gambar-gambar ketika usiaku yang masih kecil. Aku mula berkecimpung dalam industri Myspace ini sejak Tingkatan 2 iaitu usiaku baru sahaja 14 tahun. Muda tak? Awwww.. Hahaha. Namun, sejak aku mula berjinak-jinak dengan encik muka buku ataupun dikenali sebagai Facebook itu, aku sudahpun jarang online Myspace. Kesian, bukan? Lalala~ *agak kejam di situ*

Mungkin sudah adat selepas kita jumpa sesuatu, kita akan tinggalkan yang lama. Dulu aku pernah mempunyai Friendster tetapi setahun online 2 kali sahaja. Haha. Tak bagus betul aku ni. Ramai orang dah beralih arah ke Facebook. Sekarang pun dah ada ura-ura yang mengatakan Facebook bakal ditutup dan ada yang bercadang ingin membuat blog bagi menghilangkan rasa bosan mereka. Mungkin? Tak apa. Mari kita beramai-ramai buat blog. Ramaikan kenalan, mengeratkan hubungan silaturahim :)

Nak tengok sedikit gambar-gambarku ketika masih berkecimpung dalam dunia Myspace? Mari kita terjah! Hahaha :D





Dulu pipiku tak tembam. Sekarang, memang tembam. Siapa cakap tak tu, memang minta siku dengan aku la tu :p

pink awwww :)

Assalamualaikum w.b.t. I gembira youuuu.. Haha. I nak join contest yang dianjurkan oleh sepupu I sendiri :)) *semangat*


Contest yang dianjurkan oleh Cik Shasha. Orangnya semestinya peminat fanatik pink :p

Tuan empunya blog nak baju bertemakan pink. So, I pertaruhkan sweater I ni je, ok yangg? Haha. Comforter I belakang tu pun pink :D

P/s: kepada yang nak join contest ni, mai la beramai-ramai meriahkan contest Cik Shasha ni :)

Saturday, January 15, 2011

hai awak :)


Assalamualaikum awak. Disebabkan saya dah tak tau nak buat apa dah ni, maka dengan itu saya create entry ini. Saya dah sakit kepala buat kerja yang berlambak. Tak ada kerja selepas Ujian Pertengahan Semester memang tak sah. Saya terpaksalah merajinkan diri untuk membuat semua kerja itu. Bak kata orang, usaha tangga kejayaan. Hehe. Tapi, sebenarnya saya rindu teman rapat saya. Saya dah lama tak jumpa mereka. Apa khabar agaknya mereka itu ya? Ehem ehem, anda tak rindu saya? Ok, saya agak merepek di situ. Haha. Blog saya sudahpun diperbaharui oleh sebab bosan dengan layout yang lama. Blog saya yang ni agak 100% dibuat oleh saya sendiri *bangga sedikit walaupun tak secantik anda punya* Hahaha. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi kongsi tutorial anda tu. Jasa baik anda akan dikenang sehingga ke liang lahat :)

P/s: Saya akan berusaha untuk update blog ini ^_^

Friday, January 14, 2011

CONTEST SUKA SUKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah sekian lama tak join contest, tiba-tiba aku ditag oleh Tinie. Terima kasih daun keladi :) Hari tu pun ada kena tag dengan sepupu sendiri supaya join contest tapi tak kesampaian disebabkan sibuk yang melampau. Tapi aku nak luangkan masa juga untuk join contest ni. Hehe ^_~v





soalan : yg no. 1 tu, agak2 korang la kan, JATUH atau TAK JATUH ??
(kejadian selepas picca di snap)

jawapan : JATUH

Tempoh tamat : 17 Januari 2011

Aku bermurah hati nak tag :
--> anna
--> dianah

P/s: sila enjoy ye kawan-kawan? :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...