Showing posts with label myspace. Show all posts
Showing posts with label myspace. Show all posts

Sunday, January 16, 2011

myspace

Salam :) Serius, aku tiba-tiba nak tukar bahasa diri aku sebagai I, boleh? Sengaja nak rasa ala-ala gedik gituuu.. Hahahaha. Sengal tahap ubi dah aku ni. Buang tabiat agaknya kan. Ehek ehek *gelak baru* Menyampah tak? Tampar je budak ini :D

Tadi tiba-tiba ternampak gambar ni dekat post aku yang berkurun lamanya dibuat. Aku tengok gambar ni dah tak ada dalam folder telefon bimbitku yang lama. Maka dengan itu, aku "sign in"lah myspaceku itu. Banyak kenangan dan juga gambar-gambar ketika usiaku yang masih kecil. Aku mula berkecimpung dalam industri Myspace ini sejak Tingkatan 2 iaitu usiaku baru sahaja 14 tahun. Muda tak? Awwww.. Hahaha. Namun, sejak aku mula berjinak-jinak dengan encik muka buku ataupun dikenali sebagai Facebook itu, aku sudahpun jarang online Myspace. Kesian, bukan? Lalala~ *agak kejam di situ*

Mungkin sudah adat selepas kita jumpa sesuatu, kita akan tinggalkan yang lama. Dulu aku pernah mempunyai Friendster tetapi setahun online 2 kali sahaja. Haha. Tak bagus betul aku ni. Ramai orang dah beralih arah ke Facebook. Sekarang pun dah ada ura-ura yang mengatakan Facebook bakal ditutup dan ada yang bercadang ingin membuat blog bagi menghilangkan rasa bosan mereka. Mungkin? Tak apa. Mari kita beramai-ramai buat blog. Ramaikan kenalan, mengeratkan hubungan silaturahim :)

Nak tengok sedikit gambar-gambarku ketika masih berkecimpung dalam dunia Myspace? Mari kita terjah! Hahaha :D





Dulu pipiku tak tembam. Sekarang, memang tembam. Siapa cakap tak tu, memang minta siku dengan aku la tu :p

Monday, November 23, 2009

missing


Assalamualaikum. saya rindu myspace! anda? haha. kenyataan yang sangat sengal tahap apa benda entah. semestinya kenyataan itu sangat betul dan membuatkan hati aku meronta-ronta nak online myspace. tapi aku tak buka. aku curi-curi buka orang lain punya. siapa gerangan orang tersebut, hanya aku yang tahu. haha. diri yang sedang dilanda spm sangat sadis. tak dapat nk online itu la, ni la. aku hanya online tagged sahaja, gara-gara nak main game. isk, isk. spm pun sempat main game. ala, nak hilangkan stress ;( spm menjadikan aku gila tapi masih waras untuk menjawab spm tersebut.

p/s:aku rindu nak memperbaharui blog ni. lepas spm, aku nak update semua sekali termasuk myspace. memang dah kemaruk bila dah habis nanti. nak jadikan blog aku hebat seperti aku pula. haha. sila muntah dengan ayat itu. hanya 5 hari sahaja lagi untuk penghabisan spm! yesss~ :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...