Saturday, January 15, 2011

hai awak :)


Assalamualaikum awak. Disebabkan saya dah tak tau nak buat apa dah ni, maka dengan itu saya create entry ini. Saya dah sakit kepala buat kerja yang berlambak. Tak ada kerja selepas Ujian Pertengahan Semester memang tak sah. Saya terpaksalah merajinkan diri untuk membuat semua kerja itu. Bak kata orang, usaha tangga kejayaan. Hehe. Tapi, sebenarnya saya rindu teman rapat saya. Saya dah lama tak jumpa mereka. Apa khabar agaknya mereka itu ya? Ehem ehem, anda tak rindu saya? Ok, saya agak merepek di situ. Haha. Blog saya sudahpun diperbaharui oleh sebab bosan dengan layout yang lama. Blog saya yang ni agak 100% dibuat oleh saya sendiri *bangga sedikit walaupun tak secantik anda punya* Hahaha. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi kongsi tutorial anda tu. Jasa baik anda akan dikenang sehingga ke liang lahat :)

P/s: Saya akan berusaha untuk update blog ini ^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...