Saturday, January 22, 2011

lapar bagai singa :p

Assalamualaikum. Beberapa jam sahaja lagi aku bakal meninggalkan akademi ini. Awww.. Menipu je. Tampar, nak? Hahaha. Lakonan semata-mata ye? Aku bukannya nak tinggalkan apa-apa pun tetapi hanya tinggalkan rumah buat sementara waktu. Itu tidak bermakna aku lari rumah ke apa ke, kan? Jangan buat cerita tau. Tuhan tak suka orang buat fitnah. Huhu. 1 Februari nanti aku balik rumah untuk menyambut ulangtahun kelahiran ibunda tercinta. Yeahhhhh.. Tak sabar :)

Haaaa.. Aku sebenarnya tiba-tiba teringin la kan nak makan. Makan apa? Jom terjah! :D

ikan siakap tiga rasa. Yummy! :D Sedap tak? Terliur tak? Hahaha :p Terkantoi pula ada otak-otak dekat situ. Hehe ^_^v

Sotong disaluti tepung. Rangup wa cakap lu.. Percayalah~ Haha :p

Akhir kata, tuan empunya blog pun harus binti wajib la kan ada dekat sini :p

Cik Hira mahu berpantun 2 kerat ni. Dengar ye? :D

Pergi ke pasar membeli ikan,
Wahai rakan-rakan sekalian jemputlah makan.

Ehem ehem. Minta ampun ye pak kalau pantun tu tak bagus. Hoho. Saya main buat je pantun tu. Saya suka buat pantun dan deklamasikan sajak tetapi saya bukan budak sastera. Hehe ^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...