Friday, January 21, 2011

Hira berkata :D


Assalamualaikum.. Ehem ehem. Maaf ye awak semua. Saya tidak mempunyai jaringan internet lagi. Disebabkan itu, saya tak online selama 2 hari. Sedih tak? Tak sedih tu, silalah buat-buat sedih. Ambil hati aku ni. Kalau tak, aku sekeh. Hahaha. Tapi macam mana aku boleh online ni? Macam mana aku nak terangkan eh? Aku hack orang lain punya internet kot, boleh? Uish... tidak la. Janganlah buat andaian yang tak betul tu. Aku guna wifi free je ni *terpaksa* Ada ciri-ciri jahat tak? Lalala~ Hahaha :p

Lagipun kan, aku bukannya boleh guna internet lama. Lusa aku dah berangkat kembali ke matrik kesayanganku di Johor nun di sana. Aww... rindu matrik! *pengakuan tak berapa ikhlas* Haha :D Selepas ni, aku dah jarang online. Sudah semestinya kerjaku menunggu di sana. Tak boleh lagilah nak bangun lambat tiap-tiap pagi. Saya budak matrik, tak sama dengan budak universiti. Budak universiti ada kelas tak kira masa sama ada pagi, petang ataupun malam. Tapi aku kelas dari 8 pagi sampai 4 petang. Itulah rutin harian aku setiap hari. Kadang-kadang tu ada jugalah kelas tambahan bagi habiskan sillabus dengan cepat.

Walaubagaimanapun, aku tetap risau. Kerja aku tak siap lagi. Kerja berkumpulan terutamanya. Budak lelaki kumpulan aku hampeh sikit. Buat kerja sikit pun tak siap-siap. Bukannya banyak sangat pun. Aku pasti cuti pertengahan semester ni, mereka betul-betul bercuti dan tinggalkan kerja-kerja mereka tu. Sudahlah salah seorang dari mereka itu merupakan ketua kumpulan. Seperti bukan dia ketua kumpulan tetapi aku. Aku yang kena uruskan semuanya. Bagus mereka ni kan? Cari budak perempuan untuk buat kerja tetapi mereka yang goyang kaki. Awww.. Terlebih sudah. Ampun ya pak... Hahaha. *sila jangan terasa ye? :p*

Aku sudahpun kemas apa-apa yang patut. Hanya tinggal sedikit sahaja lagi siaplah kerja-kerjaku itu. Aku tanamkan keazamanku itu. Yeahhhh.. Semangat sikit! Ehek ehek. Seronok~ :)

P/s: Terima kasih kepada Wifi free kerana dirimu begitu berharga. Lalala~ :p
P/s/s: Sila rindu saya ye wahai teman-temanku yang disayangi? :D
P/s/s/s : Terima kasih kepada sesiapa yang jenguk blog ini dan sudi follow :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...