Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Wednesday, February 1, 2012

J berakhir | F muncul

Assalamualaikum.


Maaf. Entri ni tak ada kaitan dengan cinta-cinta ye. Pffffttt.. Tolong jangan salah faham. Eh eh. Korang faham ke Pfftttttt tu apa? Hahaha. Kalau tak tahu, tanya :p Ada juga kawan aku tak tahu. Almaklumlah, aku terpengaruh dengan game aku yang dulu tu, IMVU. Terasa nak main balik pun ada. Tapi nantilah aku decide.




J tu bermaksud Januari dan F adalah Februari. Huehue. Seperti biasa, bila dah menjelangnya 1 haribulan Februari, semua orang tahu pasal Hari Pekerja, dan juga pengisytiharan Putrajaya kan? Tapi aku tak nak cerita pasal tu. Yang penting, hari ni ulangtahun kelahiran ibunda tercinta. Semoga beliau sentiasa sihat walafiat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan juga dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci Kota Makkah. Aminnn.. :)


Tapi serius, bulan lepas entri aku sangat sikit. Sibuk dengan exam, movie sampai terbengkalai blog. Orang lain ada yang sangat tegar kau. Kalah aku. Hahaha. Nak buat macam mana, keutamaan diutamakan bagi aku. Hehe.


*Dekstop aku sepanjang bulan 1*


*Yang ni pula bermula hari ni*


Maaf, ternampak girly pula dekstop tu. Memandangkan aku suka warna coklat, ok la tu. Yang penting, pink tu ada. Hahaha. Baru matching dengan blog pink aku ni :p


Nota Kecil : Selamat bekerja pada esok hari. Esok merupakan "Girls Day Out" bagi aku. Muehehe. Asyik berkurung dalam rumah je kan. Sekali-sekala keluar dengan kawan-kawan rapat kita kan best ;D

Friday, November 27, 2009

sayang-menyayangi :)


Assalamualaikum semua. hari ni aku sangatlah gembira! lupa, selamat menyambut hari raya aidiladha kepada semua umat islam di dunia ini. hehe x)) ok, sambung..

hari berganti hari,
bulan berganti bulan,
tahun berganti tahun,
blog aku sudah pun berusia setahun!

percaya atau tidak aku sudah terjebak dengan dunia blog ini sudah setahun. aku tahu ramai blogger yang lain sudah bertahun-tahun lamanya berkhidmat dengan blog tapi aku ni masih budak baru lagi. masih budak hingusan dan masih jahil tentang blog ni. huhu. almaklumlah aku ni tak ada lah pandai sangat pasal IT zaman sekarang. baiklah, aku cerita sedikit mengenai sejarah blog aku. tak payah ingat pun tak apa, tak masuk periksa. hehe ;p

aku mula berjinak-jinak dengan blog ni pada 27 hari bulan 11 tahun 2008. sama tarikh dengan hari ni, bukan? kecuali tahun sahaja berbeza. pada ketika itu, nama blog ni adalah hira's bloggy! tetapi aku tengok macam tak sedap sahaja. maka, aku tukarlah kepada little teen. aku masih remaja kan, tak salah letak perkataan "teen" itu di belakang ;D oh, selain itu, follower aku sudahpun meningkat kepada 99 orang. seorang sahaja lagi nak jadi 100. sebelum ni ada juga yang ikut blog aku tapi sudah menghilangkan diri. mungkin aku ni tak adalah popular seperti orang lain dan mungkin juga penulisan aku yang agak kebosanan. tak apa, kata orang, asam garam kehidupan la katakan. sikap manusia ni sentiasa berubah-rubah. apa aku merepek ni? haha.

sebelum aku mula untuk daftarkan diri sebagai seorang blogger, ada juga kawan aku tanya nak join ke tak nak dunia blog ni. aku ada lah juga tengok-tengok blog orang lain. masa kawan aku tanya, hati aku seperti berbelah bahagi. sekejap kata nak, sekejap kata tak nak. selepas beberapa jam selepas itu, tangan aku mula menggedik untuk daftarkan diri dan mula berblogging. nampak sangat aku tak berpendirian tetap, kan? haha. ada aku kesah? janji aku berjaya menjadikan blog aku ni mempunyai ikutan dah kira bagus walaupun tidak mempunyai keistimewaan apa-apa pun. namun, aku tetap bangga dengan litte teen ini! ;))

kepada sesiapa yang ada melihat mybloglogku itu, anda boleh lihat template yang aku gunakan buat kali yang kedua selepas lahirnya blog ini. template sekarang ini kalau tidak salah yang kali keempat aku tukar. hanya tunggu masa sahaja nak tukar yang lain. tak nak yang sama sahaja, nanti orang sudah bosan tengok dan tidak akan jenguk-jenguk lagi. kesian blog aku ni. sebelum terlupa, blog aku ni hanya mengenai diri aku sahaja. pernahlah juga aku ada mengambil kenyataan dari laman-laman web yang untuk dikongsi bersama. namun, sangat sedikit jumlahnya. aku tak pernah menyesal dengan blog aku walaupun kadang-kadang terasa sangat membosankan. haha. tidak mengapa wahai sayangku, selepas spm ini, akanku update dirimu setiap hari, ok?

aku rasa entry ni sangat panjang untuk dibaca. sesiapa yang berjaya menghabiskan penulisan aku ni, anda sangat hebat! huhu. kepada followerku, terima kasih di atas komen-komen anda. para blogger yang lain yang selalu datang jenguk blog ini, terima kasih juga kerana sudi datang. kalau rajin, mari kita saling ikut-mengikut. ada ke ayat macam itu? habis bahasa aku. haha. semoga bertemu lagi kalian :))

Tuesday, October 27, 2009

you ;D


Assalamualaikum dan salam sejahtera. aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada ;

zatie , hanis, anis, jue, rowzy, adik fathiyah, nadhirah, hajar, adik faralia, cik ina sayang, atok awak, adah, atyn, husna, shah, aliff, wiyana, atiqah, azza, adibah, along, angah, abah, emak, aina, azeera, cik yuyu, bokenger (bukan nama sebenar), fate3093 (bukan nama sebenar), izyani, syamimi, fatin syazana, adik azwa, adik imran, aan (bukan nama sebenar), pit-jo (bukan sebenar), aida, adibah (terengganu), hazril, hakim, acu, shamanee, athirah hashim, auntie nora, ezzat emir, pavetra, hishamuddin, insyirah, adik hafiz, adik fatiha, wassim, dan akhir sekali untuk encik nazrin :)

terima kasih di atas ucapan anda kerana sudi sudi wish birthdayku. ada yang sebulan awal sudah wish. sangat terharu. haha. sayang anda banyak-banyak ;D

Friday, November 28, 2008

Last birthday! :D

Last month, birtday aku yang ke-16. Kiranya sweet 16 la kan? Huhu. Masa tu last day exam. Memang semua orang khusyuk je study. Tapi aku buat dek je. Study macam sengal. Haha. Aku kisah apa . Last day, pandai-pandailah study macam mana pun. Tak sabar betul exam tu habis. Boleh merdeka woo... Yang penting, MERDEKA! Then, sambut birthday aku! Hehe. Detik 12 tengah malam pada 24 Oktober, ada juga la yang hantar mesej wish birthday. Walaupun sikit je, tetap bangga dapat jadi kawan korg. Masa tu malangnya, aku tengah tdo. Haha. Aku bangun pukul 3 pagi baru reply semua mesej korang. Sorry ye. Kepada  yang wish awal for my birthday tu, thanks a lot . Wish anda amat berharga . Kepada yang wish lambat, tak apa. Anda tetap kawan saya  ;)




Pada hari tu, kawan-kawan rapat aku lupa birthday aku. Boleh pula macam tu?  Tak apa. Disebabkan korang khusyuk sangat stduy, aku maafkan korang. Haha. Aku tak kejam la. Aku masih ada sifat mudah maafkan orang tau. Hehe. Satu hari tu memang best la juga. Dapat call orang lama-lama. Main call je orang sampai ada orang boleh cam siapa yang asyik call dia tu. Haha. Kesian orang tu jadi mangsa aku. Tak apa. Sehari setahun je. Bukan selalu pun, kan? Hehe :p




Malam tu juga, family aku buat surprise birtday party untuk aku. Comel je kek dia. Tengok la siapa empunya kek tu. Haha. Aku dapat kad birthday dari family dan sarung phone dari akak aku. Huhu. Sungguh terharu la. Thanks a lot for my beloved family. I love you all so much! :)


The next day, aku terima la jemputan ke umah terbuka kawan aku. Nama dia, Husna. Kawan-kawan aku semua suruh aku wajib pergi. Padahal malas. Dorang ingat aku tak tau ke dorang nak buat surprise birthday party tu. Haha. Tak apa, disebabkan korang kawan rapat aku, aku datang. Korang patut berterima kasih tau dapat kawan macam aku. Adeh. Perasan kejap. Haha


Sampai sana, makanan banyak wooo... Penuh gila perut aku makan semua makanan yang family dia buat . Sungguh sedap! Lain kali kalau buat apa-apa, jangan lupa ajak. Haha. Masa tu, kawan-kawan aku yang hadir termasuk la kawan aku yang menjemput aku sendiri ni Husna, Adah, Atyn, Nadh dan juga Ain. Ain punya birthday dah lepas. Tapi disebabkan dia dah hadir tu, sambutlah sekali. BEST! Macam twins pula. Hehe.


Dorang susah-susah beli muffin dan Atyn yang topping muffin tu. Adah pula hias muffin dengan M&M . Yummy! Yummy ! Sedap wehhh.. Thanks sangat-sangat dekat korang yang sudi sambut birthday aku masa hari tu :D




Photobucket


Ni lah hasil topping dan hias dari kawan-kawan aku.

Photobucket


Bersama Ain ! :D


Photobucket


Inilah gelagat tuan rumah, Husna dan juga Adah :p


Photobucket


Persembahkan geng-geng aku ni. Tuan rumah yang snap picture ni. Huhu.



P/s : picture hadiah-hadiah yang lain ada dalam phone. Malas nak upload. Haha. Tak apa. Buat kenangan dalam phone je ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...