Showing posts with label spm. Show all posts
Showing posts with label spm. Show all posts

Wednesday, March 10, 2010

takutkah?

Assalamualaikum dan salam rindu kepada semua. hahaha :D sebulan sudah aku tak update blog. apa rasa ye tengok blog aku? bosan? hmm.. lebih kurang la. nanti aku update bagi kaw kaw punya. ye ye je aku ni ;p aku update ni pun sebab aku nak isytiharkan bahawa esok merupakan hari bersejarah bagi calon-calon spm 2009. sila bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum dapat slip keputusan itu nanti. nasihatkan orang tapi diri sendiri? hahahaha x)) apakah perasaan anda ye, cik zahirah? takut, berdebar... tak nak ambil result! hahaha. dah la, sebelum mengarut lama-lama baik aku habiskan entry ni dulu. hehe. salam :)

p/s : goodluck kepada calon-calon spm 2009! ;D

Wednesday, December 9, 2009

it's over


Assalamualaikum. ok, aku gembira oleh sebab spm sudah berakhir. kelmarin, aku keluar kelas dengan melebarkan senyuman yang sememangnya tersedia lebar. nak buat perbuatan yang diluar jangkaan tapi ada cikgu pula. segan aku. hahaha x)) aku lepak kat foyer sementara tunggu teman-teman aku keluar kelas. kantoi aku keluar awal. hehe ;p sekali sekala la bukan selalu. ye ke ek? ntah. sila tanya mereka-mereka yang mengetahui hal tersebut. lalala ;D

hari ini pula tiba. seperti yang sudah dijanjikan sebelum ini, sudahpun terjadi. kami tiga sekawan menjalankan aktiviti yang budak-budak spm tidak buat. kami pergi berjogging! hahaha x)) kemudian, singgah ke perpustakaan sebab sebelum ni aku ada plan nak pinjam buku. klik sini untuk entry sebelum ini. tapi seorang lagi sudah pulang ke rumah. hanya tinggal kami berdua. kami lepak-lepak di pkns kerana matlamat untuk mengisi perut yang kosong. pusing-pusing satu shopping kompleks itu sampai penat baru balik. hahaha x)) balik tunggang-langgang aku jadinya ;p

Tuesday, November 10, 2009

awayyyy~


Assalamualaikum dan salam senja. pejam celik, pejam celik lagi 8 hari sahaja lagi nak spm. haish. jikalau lah dapat nak tunda hari spm kan bagus. tapi tak payahlah, kan? nanti nak habis spm itu satu hal pula. huhu. tapi tak apalah. oh, lupa. mulai esok, aku sudah menjauhkan diri dari dunia blog ni. tapi kalau setakat nak jenguk-jenguk itu boleh la. tapi kalau nak buat entry, mungkin ada apabila ada masa lapang. tapi tak mungkinlah aku sempat nak tulis apa semua apabila sedang menjalani hari-hari spm. masa itu emas. tak sanggup aku nak sia-siakan masa aku sedangkan inilah waktu terakhir aku di zaman persekolahan. semakin tak percaya pula apabila aku dah nak habis sekolah. apa-apa pun, aku ingin ucapkan...

selamat menduduki SPM kepada semua pelajar tingkatan lima pada hari rabu hadapan :)
semoga berjaya dan jawab dengan tenang ;D

Sunday, November 8, 2009

kejayaan


Assalamualaikum w.b.t kepada semua pengunjung blogku. di sini aku inginku katakan bahawa aku rasa stress apabila hari spm semakin menjelang tiba. aku baru bersedia dalam lingkungan 70% sahaja dan yang selebihnya aku masih berusaha untuk memahami subjek tersebut. kadang-kadang stress aku sangatlah teruk sampai terpaksa berlinangan air mata. namun, apabila aku layan lagu sedikit, ada yang kata aku ni beremosi. apakah itu patut?bukankah jiwa wanita sememangnya begitu?

kadang-kadang, aku sendiri tak faham dengan diri aku ni. aku tahu bahawa aku sahaja yang memahami diriku ni. orang lain tidak mengerti. sedang kita asyik bergembira dan bersenang-lenang, adakah kita pernah meluangkan masa kita untuk bersedih? sebagai contoh, kita asyik menjaga hati teman misalnya, adakah kita ada menjaga hati sendiri? disebabkan itulah, aku akan sentiasa memberikan ruang untuk diri sendiri selain orang lain. hal ini bukan disebabkan ingin mementingkan diri sendiri. sila jangan salah faham. usia kita juga akan semakin bertambah. maka dengan itu, semestinya anda semua faham dengan kenyataan yang aku nyatakan. sekian dahulu entry aku pada hari ni, semoga bertemu lagi. salam :)

semalam adalah pengalaman,
hari ini adalah kenyataan,
esok adalah harapan.

Tuesday, November 3, 2009

heart

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. pagi tadi aku keluar bersama ibu tercinta ke perpustakaan. almaklumlah beliau ingin meminjam buku. alang-alang aku tunggu, aku pun tengok-tengok la buku yang terdapat di sana. hasilnya, aku sangatlah cemburu sebab tak dapat nak pinjam buku. semua ini gara-gara sijil pelajaran malaysia (spm). bertimbun-timbun buku-buku yang sangat best dan menarik bagiku. mari lihat buku-buku yang bakal aku pinjam sebaik sahaja spm sudah habis :)












banyak, bukan? hehe. aku tak kira, lepas spm aku nak pinjam 6 buah novel ni. memang raya sakan dah masa itu. yang selebihnya aku pinjam hari yang seterusnya. sayangku, sila tunggu saya ya? :)

Saturday, September 12, 2009

word


Assalamualaikum dan selamat berpuasa kepada semua. hari ini aku merajinkan diri untuk edit yang atas ni ha. dah lama aku tak edit gambar apa semua. itu sahaja cerita hari ini. atas itu adalah mood aku hari ini. tapi itu juga adalah kenyataan yang ingin aku bagitahu anda semua. haha. tak sabar rasanya nak habis periksa walaupun SPM belum muncul. nak raya la~ :(

Tuesday, September 1, 2009

1/9/09


Assalamualaikum kepada semua. blog aku sudah diperbaharui :) maaf kerana meghilangkan diri. aku ingin ucapkan salam kemerdekaan negara kita yang ke-52. tak lambat lagi kan? kira ok la tuh. huhu. buat pengetahuan semua, aku akan menghilangkan diri lagi mulai esok sehinggalah 29/9. namun, jika ada kesempatan akanku update blog ini.

p/s: selamat maju jaya kepada semua calon-calon sijil pelajaran malaysia (spm) bagi menghadapi peperiksaan percubaan pada esok hari :)



Monday, August 17, 2009

vacation


assalamualaikum dan selamat senja buat semua. maaf andai sudah beberapa hari aku meninggalkan dunia blogku ini. aku sangat la sibuk dengan banyak perkara. selain itu, aku juga baru sahaja pulang dari bercuti. orang lain sibuk dengan penyakit h1n1 tapi aku sibuk bercuti. pedulikan. aku nak hilangkan tekanan aku. percutian itu amat menyeronokkan walaupun sebentar sahaja. esok pula bermulalah episod hari-hari persekolahanku yang tergendala selama 3 hari. cikgu, saya rindu anda! haish. nasib baik kerja sekolah sudah siap sedia dihantar. tak perlulah aku terkejar-kejar untuk hantar kerja tersebut. oh ya, trial sijil pelajaran malaysia semakin hampir menunggu aku. beliau rindu aku rupanya. bawa bersabar. biar bulan ramadhan yang penuh dengan rahmat muncul terlebih dahulu. saat yang aku tunggu! :)

p/s:kepada sesiapa yang baru sahajaikuti blog ini, terima kasih banyak-banyak :D



Wednesday, February 25, 2009

kata-kata sakti



Assalamualaikum semua. Hehe x) Ujian bulanan sudah hampir tiba. Aku masih lagi terkapai-kapai untuk memahami subjek yang aku masih terpinga-pinga dan ketinggalan terutama subjek biology,chemistry dan physics. Sangat sedih,ok? Kawan-kawan yang lain semua faham,aku sorang je yang blur.


Dah la SPM ataupun dikenali sebagai Sijil Paling Mudah tuh hampir tiba. Hahaha. Mudah ke? Insya allah xD Harap-harap boleh la aku jawab soalan tuh dengan tenang dan damai. Akhir kata, mai pakat-pakat kita dengar kata-kata hikmat yang tak berapa nak original ni tetapi masih boleh digunakan sebagai panduan. Hoho

"ORANG YANG GAGAL SELALU MENJADIKAN MASALAH YANG KECIL MENJADI BESAR MANAKALA ORANG YANG BERJAYA MENGANGGAP MASALAH BESAR ITU KECIL "

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...