Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Thursday, July 7, 2011

Memupuk amalan mulia

Assalamualaikum. Ayat nak gempak je bukan? :D Mari kita amalkan amalan membaca dalam kehidupan kita seharian. Seronok tau. Tahulah korang sibuk sangat, tapi takkanlah sampai tak ada masa nak membaca. Mesti korang nak cakap, "aku dah baca paper tiap-tiap hari, ok la tu". Kalau budak sekolah pula mesti nak cakap macam ni, "Saya pun baca buku teks dan juga novel yang kena bentang nanti tiap-tiap hari, ok la tu kan? Haaaa.. Kan? Betul tak? Hahaha. Dah la, nanti aku cakap panjang-panjang korang cakap aku membebel pula. Habis aku kena bahan. Tak nak macam tu =____= Haha. Jangan peningkan kepala, jom layan buku-buku yang aku terpaksa baca sewaktu bekerja :D


Kesayuan Seorang Gadis. Aku baca ni sewaktu dah nak habis kerja semalam. Serius, memang best cerita dia. Mengenai persahabatan. Comel~ :D


Crazy Family ni betul-betul buat aku gelak. Haha. Cerita yang mengisahkan perihal jiran sekeliling. Tak rugi kalau baca :)


Yang ni paling favourite~ Romantik Bas Musim Bunga. Aku dah berjaya menghabiskan keempat-empat buku ni. Romantik sangat~ :D


Buku-buku budak tadika. Haaaa.. Nampak sangat aku terlalu bosan kerja wehhhh.. Hampeh =___=



Ada lagi yang aku tak sertakan dekat sini, sinopsis novel Tingkatan 1 dengan Tingkatan 2. Hahaha. Buang tebiat dah aku nampaknya.




Done. Byebye. Terima kasih sebab sudi baca :D




Nota kecil : Aku selalu dipinggirkan. Bias la korang~ :( *bukan korang ye?*

Pesanan dari penaja: Aku nak kerja situ sampai akhir bulan ni je. Tolong doakan aku ye? :')

Tuesday, July 5, 2011

Tips Kesihatan : BMI

Assalamualaikum. Seperti yang korang semua tahu la kan. BMI tu boleh tentukan sama ada berat badan kita ni ideal ke, underweight ataupun obesiti. Aku selalu dikategorikan sebagai underweight tu =___= Hampeh betul. Tapi sekarang tak tahu sebab dah lama tak timbang berat. Normal, mungkin? Hahaha. Jom kira BMI (Body Mass Index) ! xD



Berat (kilogram) bahagi [Tinggi (meter) x Tinggi (meter)] = ?


*Selesaikan dalam kurungan dulu ye? Macam matematik je rasanya =_= *



Dah selesai?


....................

........


...


Mari lihat keputusannya~ :D

< 20 : underweight

20 - 25 : normal

26 - 30 : gemuk

> 30 : obesiti


Dah tahu anda di kategori yang mana? Maaf, ini bukan kejam, keji atau sebagainya ye. Hanya nak tunjukkan cara dan nak berkongsi tips berdasarkan novel yang telah dibaca :) Kepada yang underweight, korang boleh naikkan berat badan bagi idealkan berat badan selari dengan ketinggian korang. Kepada normal, tahniah! Korang memang pandai jaga makan dan sebagainya. BMI yang dalam lingkungan 26 - 30 boleh berusaha turunkan berat badan. Begitu juga dengan yang mengalami obesiti. Jangan risau, selagi ada jalan, di situ ada kemahuan :)



Byebye.




Pesanan dari penaja : Entry yang akan datang, aku akan kongsikan mengenai cara-cara untuk turunkan berat badan. Tunggu~ :D

Monday, July 4, 2011

Jom Gosip :D

Assalamualaikum. Saje je nak interframe novel remaja yang curi-curi baca sewaktu bekerja sehingga khatam sudah jalan ceritanya. Hahaha. Nampak sangat aku rajin gila bekerja :p



Aku, Dia & Gosip. Uih. Jangan salah sangka. Walaupun aku baca novel ni tak bermakna aku kaki gosip. Karang ada juga kena cepuk nanti. Haha. Serius, novel ni mempunyai banyak pengajaran dan juga tips-tips. Sebagai contoh, tips kurangkan berat badan. Haaa... Macam pakar kesihatan sudah jadinya. Hebat! Hebat!



Nantikan tips-tips sebahagian daripada novel ini :p



Byebye.



Nota kecil : Novel ni bersiri. Ada 3 jilid kalau tak salah. Yang ni no 2 ;D

Pesanan dari penaja : Amalkan hidup sihat untuk kehidupan yang sihat :)

NOVEL MELETOP~!

Assalamualaikum. Korang jiwang tak eh? Aku pelik la. Kenapa orang jiwang je mesti nak kaitkan dengan novel? Novel je mesti jiwang. Haiyoo.. Aku dah lama tak baca novel. Maklumlah busy sangat dengan benda lain sampaikan novel pun aku buat tak tahu je kan. Itu bermakna, aku tak jiwang kan? Sila-sila angguk kalau tak, aku sekeh. Hahaha. Kejam betul ayat aku.


Namun, akhirnya sekali lagi aku berjaya menghabiskan novel tersebut setelah sebulan beli. Bukan beli tapi dapat. Ayat nak sedap. Haha. Teruk betul bunyinya. Mula-mula nak pilih novel tu bukan main susah. Baca sinopsis sikit, dah macam "Bestnya novel ni *ala-ala orang gedik*" Hampeh betul. Tapi bila pandang satu novel ni, macam terpaut sudah hati aku dengan dia. Macam orang jatuh cinta. Ok ok. Macam ter"over" pula gayanya. Hahaha. Mesti korang pun macam nak termuntah kan? Sorry~ :p



Aku jatuh hati apabila tengok ni...


.............................


...........


..



Senyuman manismu~ Haaaa.. tergoda tak? Hahaha. Tengok cover macam comel je, tu yang terus nak beli ;D



Byebye.



Pesanan dari penaja : Tahu korang semua kaki novel. Banyak betul koleksi. Bukan macam aku. Huhu. Tak mampu aku nak beli banyak-banyak. Mahal ! :p

Tuesday, November 3, 2009

heart

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. pagi tadi aku keluar bersama ibu tercinta ke perpustakaan. almaklumlah beliau ingin meminjam buku. alang-alang aku tunggu, aku pun tengok-tengok la buku yang terdapat di sana. hasilnya, aku sangatlah cemburu sebab tak dapat nak pinjam buku. semua ini gara-gara sijil pelajaran malaysia (spm). bertimbun-timbun buku-buku yang sangat best dan menarik bagiku. mari lihat buku-buku yang bakal aku pinjam sebaik sahaja spm sudah habis :)












banyak, bukan? hehe. aku tak kira, lepas spm aku nak pinjam 6 buah novel ni. memang raya sakan dah masa itu. yang selebihnya aku pinjam hari yang seterusnya. sayangku, sila tunggu saya ya? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...