Showing posts with label buku cerita. Show all posts
Showing posts with label buku cerita. Show all posts

Monday, July 11, 2011

Anime

Assalamualaikum. Pagi tadi aku buka blog dan sangat teruja sebab follower dah 222. Ngaaaaa~ Nombor cantik tu wehhhhhhhhh.. Tapi malangnya, sejak semalam box follower macam hampeh gila. Ramai betul orang *Tipu-tipu. Tak sampai 5 orang pun* yang tanya macam mana nak follow kalau box follower tak ada? Hahaha. Memang kejam betul itu box. Saja je kan? Tapi nasib baik aku dah tukar box follower tu. Aku letak dekat menu tab je. Senang weh kerja aku. Kau tekan. Then, follow je macam biasa. Insya Allah, dapat punyalah. Huhu.


Ok-ok, berbalik kepada cerita asal. Hehe. Dua hari lepas, sekali lagi aku telah berjaya menghabiskan masa-masa aku bekerja dengan membaca buku. Mesti korang tertanya-tanya kan? Aku ni kerja apa sampai asyik baca buku je? Librarian? Hahahaha. Tidak! Aku tak sebaik tu la :p Biarkan je pertanyaan tu. Hehe. Yang penting, aku dapat menghabiskan semua cerita-cerita yang best. Kebanyakannya, anime. Ulang lagi sekali, ANIME wehhhh.. Haha. Aku dah addicted sangat dah. Comel gilaaa~ Aku tau aku tak boleh lukis sebaik korang yang artistik tu. Haaaa.. Kan dah merendah diri. Setakat orang lidi boleh la. Tapi pernah juga lukis kartun majalan Blues Aku Selamanya. Hampeh juga. Sabar je. Dah la. Panjang sangat, layan je cover buku cerita ni eh? :)








Banyak tak? Hehe. Satu hari boleh habiskan kesemua ni. Tak muak, tapi sangat berbaloi ;)



Done. Byebye.



Pesanan dari penaja : Semua yang terjah semalam akan diterjah semula pada malam ini. Harap maklum :D

Thursday, July 7, 2011

Memupuk amalan mulia

Assalamualaikum. Ayat nak gempak je bukan? :D Mari kita amalkan amalan membaca dalam kehidupan kita seharian. Seronok tau. Tahulah korang sibuk sangat, tapi takkanlah sampai tak ada masa nak membaca. Mesti korang nak cakap, "aku dah baca paper tiap-tiap hari, ok la tu". Kalau budak sekolah pula mesti nak cakap macam ni, "Saya pun baca buku teks dan juga novel yang kena bentang nanti tiap-tiap hari, ok la tu kan? Haaaa.. Kan? Betul tak? Hahaha. Dah la, nanti aku cakap panjang-panjang korang cakap aku membebel pula. Habis aku kena bahan. Tak nak macam tu =____= Haha. Jangan peningkan kepala, jom layan buku-buku yang aku terpaksa baca sewaktu bekerja :D


Kesayuan Seorang Gadis. Aku baca ni sewaktu dah nak habis kerja semalam. Serius, memang best cerita dia. Mengenai persahabatan. Comel~ :D


Crazy Family ni betul-betul buat aku gelak. Haha. Cerita yang mengisahkan perihal jiran sekeliling. Tak rugi kalau baca :)


Yang ni paling favourite~ Romantik Bas Musim Bunga. Aku dah berjaya menghabiskan keempat-empat buku ni. Romantik sangat~ :D


Buku-buku budak tadika. Haaaa.. Nampak sangat aku terlalu bosan kerja wehhhh.. Hampeh =___=



Ada lagi yang aku tak sertakan dekat sini, sinopsis novel Tingkatan 1 dengan Tingkatan 2. Hahaha. Buang tebiat dah aku nampaknya.




Done. Byebye. Terima kasih sebab sudi baca :D




Nota kecil : Aku selalu dipinggirkan. Bias la korang~ :( *bukan korang ye?*

Pesanan dari penaja: Aku nak kerja situ sampai akhir bulan ni je. Tolong doakan aku ye? :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...