Wednesday, February 15, 2012

Masa Sepantas Kilat

Assalamualaikum.


Wahai golongan IPTA, korang tak terasa ke masa cepat sangat berlalu? Aku dah tensi apabila memikirkan hanya beberapa hari je lagi aku duduk dekat rumah ni. Wuuuuu.. Sadis! Tak terasa macam SEBULAN cuti pun dah kena belajar balik. Haih.


*Google*


Betullah kata orang, kita tak pernah puas dengan apa yang ada. Kalau setahun cuti, memang tak payah nak belajarlah kan. Oh, tiba-tiba marah diri sendiri. Huhu. Nasib baik aku dah beli semua keperluan sebelum sambung belajar.


Disebabkan itulah, aku masih marathon untuk download semua movie yang latest-latest dan marathon pula untuk tengok kesemuanya. Kalau tak sempat, layan dekat U je la jawabnya. Kalau tak sempat juga, nasiblah. Huehue.


*Google*


Anda STRESS memikirkan kenaikan semester baru? Sebab anda masih lagi kena buat assignment, exam, kuiz dan sebagainya. Mari kita hilangkan stress dengan INI. Hahaha. Beli hari Ahad hari tu, tak habis lagi :D


Akhir sekali, aku nak nasihatkan dengan korang dan juga diri sendiri, marilah jalankan tanggungjawab sebagai seorang PELAJAR ye. Result yang lepas ni pun tak berapa hebat, insya Allah seterusnya boleh dapat DEKAN? Eh, siapa tahu kan? Gembira tak terhingga ibu bapa nanti. Hehe. Sekian.

8 comments:

Mie Hishamuddin said...

hwaa! tau tak pe..da nak kena balik da ahad nie =((( kejap sgt cuti

Si BuDaK KaChAk said...

ye...manusia tak penah berasa puas...

neway sy doakan awk dapat DEKAN nnt k??

amin...

gudluck student...hehehe

=)

~SaL IjOu~ said...

da keje nnt lagi dasyat stressnye..enjoy ur study life~ ^^

Ezad Skytech said...

tak terasa ye cuti sebulan...haha...biasa la kan...pejam celik da nak habis cuti...tapi masa belajar tu..terasa lama sangat..bila la nak cuti kan...?

Ezad Skytech said...

haa...marathon tgk movie..haha..terbaik la...

Rafflesia™ said...

selamat bergelumang dengan buku lepas ni.. hihihi

goodluck dear =.=

H.J said...

tak rasa cepat pom..haha

littledolphin said...

Masa memang cepat berlalu.saya rasa macam baru je sambung belajar.tengok-tengok dah semester 3.haha

yes,kena berusaha dapat dekan! semoga berjaya kawan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...