Assalamualaikum. Ni nak share sikit ni masa aku kecil-kecil dulu. Tiap-tiap tahun mesti ada buku yang macam fail warna biru. Dalam tu, mesti suruh kita tulis apa cita-cita yang aku nak. Serius, sangatlah lawak cita-cita aku. Meh aku senaraikan.
1) Doktor
2) Polis
3) Jururawat
Ketiga-tiga ini lah yang selalu aku tulis dalam buku tu. Bosan weh bila asyik buat benda yang sama. Tapi sekarang, tak ada satu pun yang terjadi dalam diri aku sebab aku ambil aliran fizik masa matrik dulu. Tak ambil biologi sebab nanti aku jadi biol sebab kena hafal benda-benda yang sangat banyak. Itu boleh menyebabkan aku sakit hati plus sakit kepala. Haha. Maka dengan itu, doktor dengan jururawat dah pun terkeluar dari list. Hanya tinggal satu, iaitu polis. Haaa? Kau nak jadi polis ke, zahirah? Hahaha. Abaikan. Dulu aku nak jadi polis sebab nak tolong orang tangkap penjenayah. Kira tolong negara la kan. Tapi, risiko sekarang dah tinggi. So, gugurkan juga cita-cita tu.
Masa form 4, aku teringin nak ambil kos seni kulinari. Tapi tak apa la. Ada hikmah di sebaliknya. Kalau tak, tak ada la aku belajar fizik. Fizik itu seronok. Selalu gelak-gelak dalam certain-certain lecturer. Hehe. Sekarang aku nak jadi apa? Engineer, mungkin? Entah, aku tunggu kos upu tawarkan hari jumaat ni. Doakan aku, ye? :)
11 comments:
opss teringat zaman kecik2 dulu..cite2 nak hebat je kan
hahahaha. memang~! jangan gelak please. nanti saya gelak. hahaha :p
jadi engineer best tu... saya doa awak untuk hari jumaat ne ye... :)
thx for join...
HUhuhu....
Cita-cita zaman budak budak dulu adalah guru, polis dan peguam..
Tapi pastu tukar-tukar... Memang tak pernah fix..
bila dah besar, dah tak tau nak jadi apa..
Tunggu habis belajar lah baru fix kan nak kerja apa..
Huhuhuhu...
menyimpang jaoh cita masa kecik dgn skrang yer..hehehe
samalah kita.tggu result upu jumaat ini.
Mudah2an dipermudahkan segalanya.
btw.salam perkenalan + follow ;)
apply civil engineering ke? :)
:D
semoga brjaya.. bla da dpt smbung study nnti usaha btul2 ye :D
Mar, betul kan? Haha. Itulah cita-cita yang paling popular dekat sekolah. Comel betul.
Bell, memang jauh sangat dah haaa.. Haha. Yeah, goodluck juga tau! :D
Abang Stalker, bukan bukan. Saya ambil Electrical Engineering. Tak sama kan? Haha :p
Niena, thanks a lot tau. Insya Allah :)
Post a Comment