Sunday, July 3, 2011

Gunakan kemudahan yang sedia ada :)

Assalamualaikum. Semalam merupakan hari kedua aku bekerja. Seronok tapi agak kebosanan. Macam mana tu? Seronok atau bosan? Dua-dua boleh? Hahaha. Aku memang dah berniat nak bawa mp3 pada pagi semalam. Tapi tak pakai pun masa mula-mula bekerja. Aku cuba tanya akak sekerja aku, boleh ke dengar radio masa bekerja? Dia kata boleh je tapi aku ada radio ke? Aku cakap mp3 ada la. Hahahaha. Aku gagahkan diri untuk set kan frekuensi stesyen-stesyen radio dekat selangor ni tapi hampa. Terasa dalam gua sebab dua frekuensi je aku jumpa tapi hampeh juga sebab suara samar-samar. Baik tak payah dengar. Buang karan je. Akhirnya, dengar je la muzik-muzik yang telah lama bersarang dalam mp3 tu. Maka berjayalah aku menghilangkan kebosanan. Yeahhhhhhh~! ^___________^


Abaikan pemandangan belakang. Haha :p

Mp3 saya~ Huuu... Banyak berjasa woo :'D

Selepas bateri Mp3 dah habis, gunakan telefon laaa nampaknya. Hahaha xD


Byebye.


Pesanan dari penaja : Rajin juga aku blog walking sekarang :D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...