Assalamualaikum. Hari ni aku nak cerita mengenai kucing. Aku ulang, KUCING saja, ok? Hahaha. aku malas nak asing-asingkan entry ni. Semua benda yang sama je, tu yang gabung jadi satu. Haaa.. Bijak tak? Haha. Dah-dah. Jangan puji diri. Jom baca~ :D
Ni kucing aku. Nama dia Itam. Aku kadang-kadang suka panggil dia Tam Tam. Haha. Tapi sedih pula sejak kebelakangan ni. Dia sakit. Mulut dia bengkak. Dah bawa pergi jumpa doktor. Makan pun dia tak lalu :( Aku yang suapkan dia makan. Huu.. Semoga cepat sembuh Tam Tam sayang~ :)
Ini kucing dekat kampung aku, Terengganu. Hehe. Tapi tak reti cakap loghat orang sana la. Aku orang jati Selangor :p Nama dia, Bobo. Dia sudahpun menghembuskan nafas terakhirnya beberapa hari yang lepas :( Semua cerita sedih. Adeh. sabar je.
Akhir sekali, kucing ni aku terjumpa masa hari kedua bekerja. Dia suka-suka je masuk kedai dan cari tempat untuk landing. Haha. Hari tu aku nampak dia masa nak balik rumah, boleh pula dia datang dekat dan landing sebelah. Manja betul kau eh kucing? Hahaha. Maaf, gambar guna telefon cikai je tu. Waktu malam. Ada cacat sikit gambar ni. Tangan aku punya pasal la. Tapi kucing tu pun sama juga. Tak reti duduk diam-diam. Nak je jalan sana, jalan sini. Haiyooo.. Hahaha.
Done. Byebye.
Pesanan dari penaja : Aku tengah fikir sebab nak berhenti dan juga kerja yang aku nak cari nanti. Ngaaaa~ *pening*
9 comments:
comel nye depa!! bia saya gtau alasan utk berhenti keje..
'kerja kat sini tak syok.' hehe
aaaaaaa....suke kucennnnnn!
:)
saya pun suka kucing.
semalam kan,
ade 1 kucing ni ikut mak saya sampai depan pagar rumah.
sekali bila tengok kucing tu,
ekor dia dh hampir putus.
sedih sgt.
=(
Lina, sebab tu sangat seronok! Saya suka! Hahaha.
Abby, comel kan? :) Hehe
Lyana, sedihnya :( Tak jaga dia ke?
saya suka kucing~!!!
ikut hati nak amik je kucing-kucing yg dtg manja-manja ngan sy..hehe..
Sila-sila. Jangan lupa bagi makanan mahal-mahal tau. Haha :p
Post a Comment