Wednesday, July 20, 2011

SUGAR ?

Assalamualaikum dan selamat pagi. Korang, aku nak tanya ni. Kenapa kita panggil sugar daddy dengan sugar mummy? Kenapa bukan rich daddy ke money daddy ke apa ke? Sama juga dengan mummy. Banyak lagi tittle yang kita boleh bagi. Tapi sugar tu jugalah yang kita bagi. Manis ke mereka tu? Manis dengan kata-kata. Mungkin? Dekat tagged, aku pernah la juga ditawarkan servis macam tu. Haaaa.. Tapi tak kan lah aku terima pula kan? Aku still ada duit. Kalau tak ada duit pun, kita boleh kerja untuk cari duit. Carilah rezeki yang halal. Sugar daddy ataupun sugar mummy tu bukan caranya untuk kita mencari duit. Jangan jadikan perkataan "terpaksa" tu sebagai alasan. Malah, mak cik ataupun pak cik cleaner tu pun bersusah-payah mencari duit dengan kerja itu je. Meskipun penat, mereka tetap tabah dan gigih mencari duit. Aku respect mereka. Hehe. Lagipun sugar daddy dengan sugar daddy ni kan ada helah sendiri mencari anak-anak ikan mereka. Jangan tertipu ye semua. Minta simpang semua ni. Insya Allah :)


Nota kecil : Tagged tu tempat untuk bermain game je. Selain tu, aku tak layan. Kesian kepada yang add dan juga hantar mesej. Huhu.

Pesanan dari penaja : Malam ni dan juga esok adalah masa untuk terjah semua blog korang. Tunggu tau! Hahaha :D

8 comments:

.izzati liyana. said...

tak tahu pulak asal kewujudan name sugar-sugar ni. benda ni memang tak patut. merosakkan diri selain dilaknat Allah. ade satu time dulu, memang banyak budak uni di offer untuk memuaskan orang-orang yang desperate kat luar sana. pernah jugak beberapa kali kena. di offer sampai beribu-ribu untuk memuaskan nafsu orang lain. masya-Allah. mintak dijauhkan daripada diri kita tersimpang.

Eazy Izzuddin said...

halu3..
lama tak singgah sini..
sehat?

lia AKA milo said...

erkk..sugar??..masyaallah minta dijauhkanlah...

hira said...

kan? harap kita semua terhindar dari semua perkara-perkara yang dilaknati Allah. hehe :)

Ezad Skytech said...

tak nak la sugar2 ni...nak buat pe pon kan...heee~

hira said...

buat pemanis dalam minuman. haha :p

Abang Stalker said...

x main tagged.seram la..memlm org ajk beromen plk.erk..ingt kita ni GRO ke. =='

hira said...

hahaha. betul tu abang stalker. saya layan game. tu pun dah lama tak main ni. haih. malas~ =____=

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...