Friday, July 29, 2011

Lasaklah aku~

Assalamualaikum dan selamat pagi. Rajin betullah sesiapa yang buat entry pasal makanan pagi-pagi ni. Kelaparan aku jadinya. Haha. Tak makan sarapanlah puncanya ni~ Huuuu.. Tak apa, mulakan sarapanmu dengan roti. Wah, sedap! Tapi korang minat roti ke? Tak? Suka? Eh, pening dah. Kalau gabung jadi TAK SUKA! Macam tu ke? Haha. Peringatan, entry ni panjang. Cukupkan nafas anda untuk membaca kesemuanya ye? :D


Ye, mari kembali ke misi kita hari ni. Misi kita? Tidak, aku je. Hehe. Aku nak tanya koranglah, korang lasak ke tak eh? Lelaki, aku tau lasak. Tak perlu jawab. Aku tau dah :p Soalan ni khas untuk wanita. Eh, kejap. Wanita ni lasak ke? Bukan sopan-santun ke? Haha.


Korang jangan fikir lain pula pasal lasak ni. Ala, lasak dari segi aktiviti yang korang sertai ke apa ke kan? Mendaki gunung? Yang ni aku tak pernah. Kalau naik basikal, memang aku lasak =______= Kawan aku selalu cakap aku bawa laju macam pelesit. Kalau motor, rempit. Basikal? Hahahaha :p


Nak tunjuk, tu basikal aku haaaa.. Budak-budak tu kawan sekolah aku dulu. Haha.


Basikal itulah yang aku kayuh ke sekolah tiap-tiap hari sejak sekolah rendah. Tiap-tiap tahun jugalah kena beli kain baru sebab asyik kena minyak rantai dan akhir sekali menyebabkan terkoyak sedikit. Lasak betul aku ni =__________= Eh, cakap pasal koyak, tiap-tiap tahun juga aku tukar kasut. Koyak bahagian depan. Kalau waktu hujan, memang banjir kasut aku. Perempuan jenis apa la aku ni kan? Haih. Nasib badanlah siapa jadi suami aku nanti. Haha :p


Aku ni memang lasak sikit. Masa kerja, kena angkat kotak apa semua. Kotak besar gedabak korang bayangkan, aku angkat sorang-sorang. Akibatnya, memang lenguh tangan aku keesokannya. Ada suatu hari tu, barang sampai. Pak cik India tu suruh tolong angkat barang yang kecik-kecik. Eh, kecik la sangat tapi berat macam hampeh. Hahaha. Dia cakap, kita 1 Malaysia, kena tolong-menolong. Aku tak kisah. Dia cakap akak-akak yang lain tu tak nak tolong ke? Jaga tangan eh? Hoho. Aku tergelak dalam hati. Sebabnya, aku dah biasa kasarkan tangan aku. Bukan lembut seperti mereka yang jaga menggunakan losyen tu ye? Aku ada, tapi malas nak pakai. Haha.


Masa aku berada di Darjah 6, aku lasaklah juga mengakibatkan tangan sebelah kiri aku patah. Haaa.. Yang ni betul-betul lasak. Aku tak nak cerita punca aku jadi macam tu kan? Haha. Cerita lama. Aku patah tangan tu masa dekat bilik persalinan selepas menghadiri kelas PJ. Dikejarkan ke Klinik Kesihatan. Buat X-ray. Masa dia tarik tangan aku untuk X-ray, menjerit dah. Sakit woo.. ~____~


Petang tu, sajalah pergi jumpa pakar patah tangan. Eh, betul ke? Layan je la. Bukan di hospital. Tapi di Beranang. Jauh benor aku pergi. Suruh dia tolong masukkan tulang yang dah patah tu. Nangis dah. Sakit sangat! ~______~ Malam pula, pergi Hospital Kajang. Nak tahu tulang tu betul-betul dah masuk ke belum.


Selepas buat X-ray, ternyata tulang tu terkeluar balik masa gerakkan tangan nak buat X-ray tu haaa.. Haih. Kena buat operasi suntikkan bius dalam badan. Kemudian, simen tangan apa semua. Sekali, tempat nak masukkan jarum tu tertinggal dekat tangan aku. Eh, mana aku tau benda tu kena keluarkan balik. Aku dungu wehhh. Budak kot. Haha. Akibatnya, esok pergi hospital balik. Ternyata lebam di situ selama beberapa hari. Best betul. Huhu.


Aku bercuti di rumah selama 3 minggu. Korang bayangkan Ujian Setara UPSR, aku duduk melangok depan tv. Eh, katil aku depan tv dekat ruang tamu la. Mak suruh pergi je sekolah jawab exam. Aku tak nak. Haha. UPSR aku boleh je hilang 1 A walaupun tak jawab Ujian Setara tu. Penting eh benda tu? Haha. Bajet! Tolonglah~


Ok, penat aku taip panjang berjela-jela. Tak taulah korang dah termuntah ke baca entry aku ni. Cuba share korang punya pengalaman lasak yang korang alami ke apa ke kan? Aku pun nak tau ni ;)



Nota kecil : Lasak tu jugalah menyebabkan tangan aku selalu terluka. Haha


Pesanan dari penaja : Tak semua wanita ayu, sopan santun tak boleh lasak :p

29 comments:

zOeY zAu YaH said...

aktif tu...hehe

hira said...

apa yang aktif? hyperactivelah kadang-kadang. haha :D thank you kak zoey!

NoYB said...

suka dgn statement " x semua wanita ayu itu x boLeh lasak..." Huhu...,walaupun kitaOrg ni lasak (bg sbhgian wanita)tp kelembutan hati nurani tetap jgk maintain rite?,... (^_^)

hira said...

betul! betul! betul! *gaya upin ipin* haha :D

Bui Junaidi said...

takper aktif/lasak sekali sekala..

hira said...

betul tu kak bui! hehe :D

cik najihah said...

akak penah naik basikal jatuh gaung..terkehel siku..peh sodap hahaha

aimie amalina said...

hehehe
sanagt lasak
cam x dpt nak dbygkan dgn muke comei hira ni..heee

hira said...

eh, eh, tu pun saya pernah. tapi lutut la~ hahaha :D kesian akak

hira said...

aimie, adeh. jangan pandang sebelah mata tau. haha :D

Hanis Azla said...

ok lah lasak siki2 dari manja sgt kan.. yg penting maintain ayu.. he..he..

salam kenal yer..

Hanis Azla said...

ok lah lasak siki2 dari manja sgt kan.. yg penting maintain ayu.. he..he..

salam kenal yer..

Ahmad Haziq Azlan said...

semangat membara

hira said...

hanis, ayu ke? haha :D salam perkenalan juga ;)

hira said...

haziq, apa yang semangat membara sangat tu? hoho

Night Walker said...

ujian setara UPSR duk melangut dpn tv,ish.. nseb bek saya mlm SPM jln2x g umah kwn..he3..syukur result ok..ha3

iPai said...

one word .. ganas .. hehehe

pengalaman yg dasat ye hira ni .. tak sangka plak sampai macam tuh skali ..

dah patah2 sampai lebam jarum lg ..


skrang lasak2 lagi tak ? heheh

hira said...

night walker, awak dah pandai. biasalah tu. haha. congrates! :D

hira said...

haha. abang ipai ni. sekarang? ehem ehem. entah. ada sikit kot. haha :p

Ezad Skytech said...

haha...lasak3..sampai patah tangan tu..

haa..skrg masih hyperaktif lagi ke..?hee~

hira said...

sikit la izzat. haha . adeh. janganlah tegur macam tu. segan tau. haha :D

Abang Stalker said...

wahai gadis ayu..jgn la aktif sgt smpai lebam2..==' x sggup mendgr nya apatah lg melihat.


lpsni main la galah pnjg ke,tinting ke k.x luka pny. :D xde patah2.

hira said...

abang stalker, dah terbiasa. haha :D ok, jadi wanita baik pula lepas ni. hoho. eh, ting ting? zaman budak-budak bolehlah~ hahaha :D

sergeant keroro said...

dashyat tol, hehe :P

hira said...

sikitlah dasyat tu. haha :p

Nur Najwa said...

haa... baru tahu, kak hira sebenarnya suka naik basikal kan..kan,,.. =D

hira said...

yeahhhhhhh.. betul tu! haha :D

Abang Stalker said...

owh..ting ting zmn bdk2 eh.ok jom main dgn abg.super bdk2 pny versi.HAHAH :P (no double meaning ok)

hira said...

tak double meaning pun. abang yang fikir macam tu. ayokkk~ haha :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...