Tuesday, July 5, 2011

Tips Kesihatan : Cara untuk kurangkan berat badan

Assalamualaikum. Sebagaimana entry lepas, memang pada hakikatnya nak turunkan berat badan memang susah. Tapi sebaik-baiknya kita boleh lakukan dengan secara perlahan-lahan. Kalau perubahan berlaku secara drastik mungkin boleh menyebabkan badan terlalu terkejut sehingga boleh menyebabkan bahaya kepada pihak berkenaan. Selalu kita dengar dari pihak media mahupun baca dari majalah ataupun surat khabar, ramai yang mengatakan tubuh badan yang sihat datangnya dari otak yang cerdas. Ada kaitan ke? Ok, sambung baca bawah.



Berbalik kepada persoalan, tubuh badan yang sihat bukan sahaja memerlukan penjagaan pemakanan yang betul. Lebihkan sayur-sayuran dari makanan yang berminyak. Kita juga perlu minum air sebanyak 8 gelas sehari. Air bukan sahaja diperlukan oleh badan di mana digunakan untuk menyingkir toksik-toksik malah digunakan sebagai oksigen untuk mengepam darah. Apabila otak cerdas, kita boleh berfikir, bergiat aktif dalam sukan, fokus semasa pembelajaran dan sebagainya. Sebab itu, tubuh badan yang cergas datangnya dari otak yang cerdas :D Dapat faham dengan konsep ini? ^______^



Namun, ramai juga beranggapan bahawa tubuh badan yang ideal selalunya perlu melakukan aktiviti yang lasak ataupun senaman yang memakan masa yang lama. Tak perlu sedemikian rupa. Hanya perlu lakukan yang termampu. Jangan kerana nak turunkan berat badan, diri sendiri yang merana.



Aktiviti fizikal yang korang boleh aplikasikan dalam kehidupan seharian :

1) Berjalan dengan cepat. Aku memang jenis yang macam ni. Korang mesti tak percaya kan? Huhu. Aku pada mulanya, tak percaya juga dengan tips dalam novel tu. Tetapi bila fikir balik, betul juga. Sebab : apabila berjalan dengan laju, korang akan menggunakan otot-otot kaki. Ia bergerak dengan pantas. Kalori dalam badan akan terbakar secara amnya.

2) Berenang secara steady tetapi dengan pergerakan yang laju. Betul ke ayat tu? Hehe. Faham sendiri la ye? xD

3) Berbasikal secara perlahan tetapi memakan masa yang lama. Peha korang mungkin akan kecil balik. Siapa tahu kan? ;)



Tips berikut mungkin sudah mencukupi walaupun agak sedikit bilangannya. Sebenarnya, aku sendiri dah lupa lagi 2 tips. Haha. Abaikan. Korang boleh cuba dulu tips-tips dekat atas. Kalau berhasil, sila beritahu ye? :)



Byebye.




Pesanan dari penaja : Elakkan penyakit berbahaya. Amalkan gaya hidup sihat!

2 comments:

Haslinda Ariffin said...

good info..
hai..
thanks follow my blog..
i follow u back k..

hira said...

hai juga. hehe. Your welcome, my dear :)thanks :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...