Assalamualaikum. Malam ni terasa malas nak perah otak untuk buat entri walaupun pada asalnya ada idea. Pagi esok je la eh? Haha. Aku nak join segmen kejap. Lepas tu, sambung terjah blog korang sambil tinggalkan komen dan juga jejak. Hehe. Tunggu je lah aku datang kejap lagi ye? :p
Tekan sini.
Haaa.. Entry aku yang dulu, aku ada nyatakan bahawa aku suka olahraga. Tak ingat? Meh aku refresh balik otak korang. Hoho. Tekan sini sampai penat! :p Kepada yang malas sangat nak tekan tu, tak apalah. Aku rajinkan diri juga untuk menaip. Hehe.
Dari sekolah rendah sampailah ke matrik, aku tetap hadirkan diri untuk menyertai acara olahraga walaupun tak sehebat mana pun. Huhu. Tapi ada juga cakap aku ni atlet. Bukan ye? Jangan salah anggap. Aku dah terbiasa kot dengan benda-benda ni. Kalau tak serta, macam ada kekurangan. Seolah-olah bukan diri aku yang sebenar. Haha. Boleh pula macam tu kan?
Gambar latest semasa di matrik ni. Pingat Larian KAKOM. Wehooo~ Untuk KAKOM, aku tak sertai apa-apa sebab dorang ambil yang wakil daerah apa semua. Nampak la kan aku bukan atlet. Sila percaya ye? Ni sebenarnya salah satu pingat yang aku dapat. Ada lagi dekat rumah ni. Tak nak tunjuk, karang korang cop aku RIAK! Kesian aku nanti. Aku share ni pun sebab Tuan Bombay nak tau. Huuu..
Aku selalu buat latihan untuk Larian KAKOM ikut blok aku. Bosan weh sebab selalu sampai cepat =______= Aku lari sambil dengar lagu. Itu yang seronok~ Dari dulu sampai sekarang tak berubah pun. Hehe. Ada aktiviti sukan dekat matrik dulu, aku sertai acara 4 x 400 meter. Nombor 4 je. Sedih aku. Dah la first runner. Ngaaaa~ Itulah pertama kali aku jadi first runner seumur hidup aku. Haih.
Dalam banyak-banyak acara tu, aku tak pernah sertai 200 meter dengan 1600 meter. Aku selalu cakap dalam hati aku yang 1600 meter hanya untuk orang yang ada mentaliti yang sangat tinggi dan mempunyai kaki yang sangat panjang. Hahaha. Betul, aku tak tipu. Aku tengok dorang lari macam apa je. Panjang betul kaki. Cantik betul ayunan. Ni yang cemburu ni. Nak juga jadi macam korang, boleh? Hoho. 200 meter pula bagi aku macam seciput je. Tak naklah. Haha. Bajet hebat sangatlah tu kan?
Sebelum ni, dekat sekolah rendah pernahlah juga masuk pertandingan badminton tapi tak sehebat olahraga. So, aku cakap byebye je lah badminton. Lain kali je aku main. Haha. Serius, aku tak reti servis apa semua. Tapi boleh pula aku masuk pertandingan? Eh, kalah la. Memang hampeh kan? Huhu.
Pesanan dari penaja : Kepada sesiapa yang kenal aku dekat UPM tu, jangan suruh aku libatkan diri dalam olahraga tau. Haha :p
31 comments:
boley la kolej 12 hanta wakil nanti..kite jumpe kat stadium hahahah
hebat ni
oh no! tak nak! hahaha :p akak olahraga juga ke?
nie hebat nie...dah kira atlet la tu.hehe...thnkz sudi join...:)
hebakkkk!!! XD
bukan atlet la. haiyoo~ haha :D
btw, thanks tuan bombay! :D
thanks encik keroro! hoho. tak hebat mana pun.
woah. mesti ratu pecut ni. heheheeh.
eh, bukan! bukan! saya minat larian jarak jauh je la. adeh =________= hahaha :D
hira ni atlet ghupenya...
nanti boleh wakili negara lak..
wahhh...hebakk ni..nak tahu jugak tips ni..selalu praktis mcm mane..? kena kejar pak guard biasa tak hira..?huhu~
kak GA, tu jauh sangatlah akak. nak dibandingkan dengan orang luar tu, macam langit dengan bumi je la. sedih tau ~____~ haha :D
praktis? saya lari jarak jauh je la izzat. jogging adalah keutamaan saya. eh, pak guard? tak! tak pernah! haha :p
praktis? saya lari jarak jauh je la izzat. jogging adalah keutamaan saya. eh, pak guard? tak! tak pernah! haha :p
bole la jugak..skang da pancit..sem lepas masuk peh pancit..nak2 lawan dengan budak msn..mmg x lah nak mennag haha
ok, akak menang la macam tu! saya tak nak masuk~ hahaha :D
wah syoknya .. saya suka main basket ball .. hehehe
abang ipai memang hebat! orang tinggi kan? untunglah~ haha :D
patut menten slim ni. huhuhh. kuat lari nih. tea bowling boleh laa. hahah.
erk. dah tak kuat. jarang bersenam dah ni. hahaha
jom tgk mmber lain yg join jom..;)
http://bombay-913.blogspot.com/2011/08/segmen-bombay-nak-taw-sukan-kegemaran_02.html
hehe. ok :)
wah dapat pingat tu...jeles aku...heheeh
keebetulan saya terjah blog kamu, kamu terjah blog saya...hehe...balas kembali kunjungan...hehehe
haha. apa la kancil ni. mana ada. biasa je tu. eh, thanks tau! :D
Datang bace sukan kegeraman kamu disini^^ wahhh olahraga yea(= bagoss..bagoss!!hihi tp time pose neh jgn berlari lak g Pasar Ramadhan, kang TERbeli air tebu n TERminum disitu, sape yg susah?..hehehhe
btw Selamat berpuasa yea dik^^
wahh..minat olahraga..mencabar nie..:)
haha. ye kak luna :D
dalila, mencabar ke? hoho
haha..tetbe teringat masa lompat berpagar abg rs nk berak. :P main merentas dewa pun abg nk berak.HAHAHA
dlu umur 17thn abg masuk la larian 3000m.woo..o.O mcm hebat je kn.bkn apa..sje je nk bajet.skli bru 1000m da nk mampos,hahah.abg pgsn hujung pdg2. :P
hahaha :D lawak la abang stalker ni. siap pengsan. tu la. lain kali jangan berlagak cool la tu kan. huhu
Post a Comment