Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Friday, February 17, 2012

Tabiat yang hebat

Assalamualaikum.


Menghitung hari demi hari, jam demi jam, minit demi minit dan saat demi saat. Hoi. Lusa aku kena pulang ke UPM la. Barang tak pack lagi. Malas la -.- Esoklah jawabnya. Malam karang nak layan movie lagi. Agaga~ :p


Haaa.. sejak beberapa hari ni aku dah buang tabiat yang tak berapa nak betul. Dah nak hampir 2 minggu. Nak tahu apa? Ini diaaaa..




Mengumpul komen sebanyak 100 untuk 11 entri tanpa dipublishkan lagi. Oh, itu sangat gila ye. Aku tahu korang punya entri kalau 1 entri je dah boleh dapat berpuluh-puluh komen. Tapi aku tetap bersyukur sebab ada yang masih prihatin sudi datang baca entri-entri dekat blog aku dan komen. Terima kasih banyak-banyak ye :'D


Dan ini pula friend request di Facebook.




Ada di antara korang dalam senarai? Haha. Seramai 40 orang tapi ada yang aku hidekan. Nak accept ke tak eh? Aku macam nak letak Friend List tu ada kawan je tapi macam pilih bulu la pula kan. Tapi aku takut juga kalau ada yang nak stalk aku ke kan? Erk. Fikir apa la aku ni -.- Tak apa, nanti aku accept semua :D


Apabila bosan, marilah kita komen status blogger yang famous. Agagaga~





Itulah dia komen yang tak bernas dari aku. Hahahaha. Opssss.. Macam terpublickan pula nama Facebook aku dekat sini.


Nota Kecil : Ada juga eh blogger yang main unfollow blog. Kesian blog aku ni. Sedih je tengok nombor tu. Kejap naik, kejap turun. Huuuu..

Monday, January 23, 2012

Apa ni main hack-hack!

Assalamualaikum. Haaa.. Nampak tak tajuk entri gua hari ni ganas macam apa je. Ni semua pasal hack la. Asal kau nak main hack Blog orang la Facebook orang la. Dah tak ada kerja eh? Ok, stop it. Gua tahu memang dah ramai Blogger yang pernah kena hacked. Dan tadi aku nak ber"blogwalking" di Clara Rella selaku jiran, tiba-tiba keluar ni..




Gua panas betul sebab siap 3 orang kot hacker. Menyampah gua tengok. Gua rasa macam nak cekik-cekik je. Dah ada ilmu tapi gunakan di jalan yang salah. Ok, gua sangat over. Kalau korang ada jalan penyelesaian, sila bagitahu ok. Nanti gua inform Clara.

Sunday, January 1, 2012

Tahun Baru 2012

Assalamualaikum. Gua ingin ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 kepada semua blogger dan juga sesiapa pun anda. Semoga tahun ni lebih baik dari sebelumnya dan segala cita-cita tercapai. Aminnn.. :)




P/s : Gua tahu gua jarang update dah ni. Study week gua macam apa je. Haha

Nota Kecil : Lupakan segala kepahitan yang telahpun berlalu. Maka, kecapilah impianmu dan tabahkanlah hati serta kuatkanlah semangatmu untuk hadapi hari-hari yang akan datang. Berdoalah. Selamat maju jaya :)

Wednesday, October 19, 2011

Muncul dengan berita panas !

Assalamualaikum dan salam sejahtera ye semua. Ye, sekali lagi aku menghilangkan diri tanpa berita. Tapi kadang-kadang kemunculan aku mesti membawa sebuah berita. Tak percaya? Sila tekan previous entri ye kawan-kawan. Tapi....aku tak nak bercerita mengenai benda tu pun. Tajuk nak panas je kan. Meh nak cerita pasal ni..



 [ Nampak tak? Kalau tak nampak, silalah tekan gambar untuk tumbesaran yang sihat. ]


Haaaa.. NetworkedBlogs punya cerita la ni. Sebelum ni aku ada dapat email dari NetworkedBlogs juga tapi sebelum tu aku ingat masalah entri aku yang tak boleh nak publish gara-gara tukar password, maka aku pun abaikan email tu. Kemudian, tadi aku saja merajinkan diri untuk membaca dengan penuh teliti isi kandungan email tersebut. Maka, gambar di atas itulah yang tertera di skrin komputer ni.


Aku tekan link yang tertera, keluarlah satu blog ni. Follower lebih ramai dari aku iaitu sebanyak 1000 lebih. Aku beranggapan bahawa blogger ni lebih kurang popular la kot. Cari juga ada link blog aku ke dalam blog tu tapi hampa. Tiada. Aku tekan link bawah sekali dalam gambar tu dan keluar page ni...



[ Sila abaikan wajah aku itu ye. Nama aku tak perlu dibongkar :p ]


See...Sejak bila entah aku post entri-entri tu. Semua entri tu telahpun ditaip oleh blogger yang sama. Aku tak pasti macam mana benda ni boleh berlaku. Aku pelik betullah. Guna akaun Facebook aku pula tu. Kalau masukkan link blog aku bolehlah consider sikit, ni tak. Bikin gua panas sajalah~
Moral of the story : Delete je NetworkedBlogs tu. Senang cerita.


Nota Kecil : Cepat-cepatlah habis wahai Test-testku. Nak balik rumah dengan gembira je ni. Haih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...