Showing posts with label nasi dagang. Show all posts
Showing posts with label nasi dagang. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

Raya lagi!

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi semalam semasa dalam perjalanan nak pergi ke kerja, tiba-tiba terdengar lagu raya yang dipasang oleh sebuah pasaraya berdekatan dengan rumah aku. Abang aku cakap, puasa pun belum. Apatah lagi dengan raya? Haaaa.. Betul juga, kan? Puasa sehari pun tak cecah lagi, ni nak bergema lagu raya. Semangat betullah. Haih.


Kalau puasa tinggal lagi seminggu je nak raya, kira logik la juga kan? Kira macam menyambut hari raya yang bakal tiba. Part tu memang tak boleh cakap. Mesti rumah dah siap dengan langsir baru, baju raya dah lama siap, kuih raya pun main tunjuk-tunjuk je. Bukan tu je, budak-budak pun dah terlebih semangat dengan bahang nak raya dengan bermain mercun. Berdesing telinga aku. Kalau ada penyakit jantung, tak ke naya jawabnya? Sabar je lah~


*ihsan dari encik google*

Kuih tart. Favourite~ :D


Eh, korang tak perasan ke entry aku tiba-tiba dah masuk pasal raya? Hahaha. Seronok. Tutup cerita tadi. Korang layan je la yang ni. Aku sebenarnya rindu nak beraya dekat Terengganu. Rindu nak makan ketupat palas. Rindu nak makan nasi dagang. Wah, syurganyalah kalau dapat makan semua tu.


Tak sah kalau tak makan ketupat palas ni kalau balik Terengganu. Ngaaaa~ Buat je lah. Haha


Nasi dagang. Haaaa.. Orang Terengganu la ni. Wajib kau kena makan. Perghhhh.. Sedap wa cakap sama lu. Aku dah terliur dah ni. Hahaha. Puasa nanti nak cari la satu dekat bazar ramadhan. Haaa.. Tengok, siapa yang terlebih semangat sekarang? Aku ke? Tak, kan? Huhu.



Nota kecil : Orang Pantai Timur sambut raya kejap je. Tak macam kita, sambut sebulan sampai perut dah ke depan sebab banyak makan dekat open house. Hahaha :p


Pesanan dari penaja : Jangan buka entri ni waktu puasa ye? Tergugat iman korang nanti, aku tak jawab :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...