Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Saturday, August 6, 2011

Diet ketika berpuasa

*Maaf jika menggangu keimanan korang. Ampun~ (sumber dari Google)*


Assalamualaikum dan selamat pagi. Perasan tak korang, bila tiba je bulan puasa mesti semua orang berlumba-lumba mencari makanan untuk juadah berbuka? Kadang-kadang tak menang tangan. Banyak sangat makanan yang dia beli. Sekali, membazir. Haaa.. Kan dah ikut amalan syaitan.


Waktu bulan puasa, makan bukan main banyak. Bila nak raya, lagi bertambah berat badan. Open house sana, open house sini. Tu bukannya tipu tapi betul. Fakta. Rata-rata manusia dekat muka bumi ni sama je cuma ragam yang kadang-kadang berlainan. Tak terlayan nak melayan kerenah semua orang. Tapi tu la, kena pandai-pandailah kan?


Aku bukannya nak hurai panjang lebar. Korang pun tahu kan pasal ni? Okay, aku nak SHARE ni dengan korang. Silalah membaca :)



Nota Kecil : Tambahkan ilmu dengan INI.

Nota kecil : Korang perasan tak blog aku dah tak spesifik kepada satu je, iaitu hal peribadi. Selain segmen, aku nak share juga tips ke artikel. Berkongsi ilmu dengan orang lain kan bagus :)

Wednesday, July 27, 2011

Raya lagi!

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi semalam semasa dalam perjalanan nak pergi ke kerja, tiba-tiba terdengar lagu raya yang dipasang oleh sebuah pasaraya berdekatan dengan rumah aku. Abang aku cakap, puasa pun belum. Apatah lagi dengan raya? Haaaa.. Betul juga, kan? Puasa sehari pun tak cecah lagi, ni nak bergema lagu raya. Semangat betullah. Haih.


Kalau puasa tinggal lagi seminggu je nak raya, kira logik la juga kan? Kira macam menyambut hari raya yang bakal tiba. Part tu memang tak boleh cakap. Mesti rumah dah siap dengan langsir baru, baju raya dah lama siap, kuih raya pun main tunjuk-tunjuk je. Bukan tu je, budak-budak pun dah terlebih semangat dengan bahang nak raya dengan bermain mercun. Berdesing telinga aku. Kalau ada penyakit jantung, tak ke naya jawabnya? Sabar je lah~


*ihsan dari encik google*

Kuih tart. Favourite~ :D


Eh, korang tak perasan ke entry aku tiba-tiba dah masuk pasal raya? Hahaha. Seronok. Tutup cerita tadi. Korang layan je la yang ni. Aku sebenarnya rindu nak beraya dekat Terengganu. Rindu nak makan ketupat palas. Rindu nak makan nasi dagang. Wah, syurganyalah kalau dapat makan semua tu.


Tak sah kalau tak makan ketupat palas ni kalau balik Terengganu. Ngaaaa~ Buat je lah. Haha


Nasi dagang. Haaaa.. Orang Terengganu la ni. Wajib kau kena makan. Perghhhh.. Sedap wa cakap sama lu. Aku dah terliur dah ni. Hahaha. Puasa nanti nak cari la satu dekat bazar ramadhan. Haaa.. Tengok, siapa yang terlebih semangat sekarang? Aku ke? Tak, kan? Huhu.



Nota kecil : Orang Pantai Timur sambut raya kejap je. Tak macam kita, sambut sebulan sampai perut dah ke depan sebab banyak makan dekat open house. Hahaha :p


Pesanan dari penaja : Jangan buka entri ni waktu puasa ye? Tergugat iman korang nanti, aku tak jawab :p

Wednesday, July 6, 2011

Sesi kecurkan air liur

Assalamualaikum. Bulan puasa dah nak menjelma. Selepas itu, raya pula menyusul. Raya je mesti korang teringat dengan rendang kan? Tak sahlah kalau pagi raya tu tak ada rendang. Macam tak lengkap rasanya tak ada rendang. Macam menu wajib pula kan? Haha. Mari kecurkan air liur~ :p



Sedap tak? Haha. Maaf, ini gambar rendang yang dibawa ke tempat kerja. Tak ada masa nak berhias bagai. Nak makan je pun. Dah lepas masuk perut, mesti kenyang sampai jilat jari punya laaa~ :D



Lepas ni, korang boleh la buat ke order ke kalau kempunan nak makan. Lagi-lagi kalau buka entry ni pada bulan puasa. Terliur habis la. Jangan batal puasa sudah. Haha. Agak kejam betul ayat tu. Maaf~ Huhu.



Byebye.




Nota kecil : Cheese cake macam lagi sedap ~___~

Thursday, September 17, 2009

gembira


Assalamualaikum dan salam ramadhan. hari ini kita sudah menjalani ibadah puasa yang ke-27. hanya tinggal dua hari sahaja lagi untuk menghadapi hari yang bahagia iaitu hari raya aidilfitri :)
semua orang bagaikan sudah tidak sabar untuk menunggu detik yang bahagia tersebut. mesti sudah ramai yang menempah tiket untuk pulang ke rumah ataupun kampung masing-masing. bukan sahaja anda, malah aku juga sudah semangat nak raya. lagi-lagi kertas peperiksaan yang belum selesai dijawab hanyalah tinggal 2 kertas sahaja lagi. gembira di hari raya! haha. tak kesah la raya kat rumah, boleh juga aku study untuk kertas yang akan datang ni. teman-teman, bergembiralah ya anda semua sempena hari raya yang akan datang ni :)

Sunday, September 13, 2009

engkau


Assalamualaikum semua. serius aku cakap. aku sudah malas nak update blog ni. grrr.. kalau bab usya-mengusya, jeling menjeling, lihat-melihat blog-blog orang, kira ok. berjam-jam baca satu persatu. tapi bila masuk blog aku, kosong je pemandangan aku tengok. tiada yang istimewa. 3 kali ganda tidak hebat seperti orang lain. agagaga xD apa kes? maaf, tiada masalah kecurian. masalah hilang anak pun tiada. hal ini demikian kerana aku masih budak-budak yang masih belum cukup umur. tahun depan baru cukup umur. masuk alam baru. waaa.. seperti tidakku percaya bahawa aku sudah meningkat remaja. heh xD

hari raya sudahpun hampir. baju raya pun aku tak ambil kesah. lagu-lagu raya dah banyak berkumandang di corong-corong radio. sedih hati aku dengar. tapi aku masih sibuk dengan peperiksaan. hari khamis baru habis. masa tuh, orang lain dah sibuk-sibuk berkemas. almaklumlah nak balik kampung dan beraya di kampung mereka. aku pun nak balik kampung juga! teman-teman aku pun dah mula bershopping sakan. shopping tak ingat dunia betul. ni yang aku cemburu banyak. hahaha. dah la, penat aku nak taip panjang-panjang. sekian dahulu cerita daripada aku. nanti aku taip lagi, ok? salam :)

Monday, August 24, 2009

comel

assalamualaikum semua. kita sudah menjalani ibadah puasa selama 4 hari. harap-harap memberi makna la ye? ok, entry aku pada hari ini semua nya mengenai comel. jom layan! :)

panda yang comel :)

tengok, anjing pun boleh menangis macam bayi tahu.

kucing yang sihat dan mempunyai muka seperti teddy bear sudah. mata macam ikan?

oh tidak! mata saya lagi cantik dan comel dari dia. haha.

cupcakes yang berwarna-warni. haish. nak satu, boleh?




Thursday, August 20, 2009

selamat berpuasa


assalamualaikum wbt. heh. sekarang aku tengok dah tak ramai pengunjung yang datang ke blog ni ha. haish. haha. tak apa, pedulikan. oh ya, bulan ramadhan sudah hampir tiba. dengan itu, aku ingin ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak kepada semua umat islam. semoga bulan ini memberikan seribu makna kepada kita semua. amin.. :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...