Showing posts with label terjah. Show all posts
Showing posts with label terjah. Show all posts

Thursday, August 18, 2011

Blog, kau memang....!


Assalamualaikum dan selamat pagi. Korang ni ada perasaan yang sama dengan aku ke tak eh? Bukan ada perasaan terhadap aku ye? Hoho. Maksud aku, korang ni addicted dengan blog ke tak? Kalau aku, mesti ye je jawapannya. Pagi-pagi je mesti nak buka blog ni. Balik kerja, mesti buka juga walaupun tak taip apa-apa entri pada waktu tersebut. Malah, dah tutup sebab nak tidur pun boleh buka balik. Masa yang sikit pun boleh membuatkan aku terjah sebentar melihat perkembangan terbaru yang ditaip oleh para blogger. Kadang-kadang sempat pula aku buat autopost semata-mata nak update blog. Semua gara-gara BLOG! Haih. Hebat tak penangan blog?


Kadang-kadang mood aku boleh berubah. Walaupun tak update entri, aku jadi silent reader je dekat blog orang. Sekarang aku dah tak sempat nak blogwalking dan juga main terjah-terjah. Huwaaaa.. Sedih ~____~ Korang tunggu je la ye? Bila ada masa terluang, aku datang blog korang. Bukan tak sudi tau. Aku sibukkkkkk.. Sekarang aku kerap sakit belakang. Gara-gara KERJA! Tapi aku bertahan sebab masih ada 2 minggu sahaja lagi sebelum aku berhenti. Semata-mata mencari sesuap NASI!


Betul, aku tak tipu. Aku utamakan kerja. Tanpa kerja, aku tak tahu macam mana nak korek duit supaya dapat beli hidangan berbuka puasa, beli barangan untuk masuk Universiti nanti, lebih berdikari, berjasa kepada ibu bapa dan sebagainya. Susah nak cari duit. Walaupun gaji tidaklah beribu-ribu dan hanya beratus-ratus sahaja, namun aku tetap bersyukur. Sejak lepasan SPM lagi aku telah pun berjinak-jinak dengan alam pekerjaan.


Korang jangan sedih pula aku tak datang blog korang. Insya Allah aku akan rajinkan diri untuk komen setiap entri korang yang terbaru. Aku cuma perlukan masa yang sesuai. Blog adalah tempat aku untuk bersosial. Bukannya FACEBOOK! Eh, bukan buat benda tak senonoh ye. Puncanya, Facebook sangat membosankan hidup aku. Aku dah tak tau nak buat apa. Status pun malas nak update. Hehe. Korang perasan tak blog aku ni tak ada link untuk pergi ke Facebook aku pun? Kalau nak, minta. Tak nak, tak perlu cakap apa-apa. Abaikan. Hoho.


Nota Kecil : Entri aku pagi-pagi selalunya autopost. Aku bangun pukul 8 lebih. Waktu korang baca entri ni, aku baru nak bangun. Terus je on laptop. Fuhhh.. Hebat! :D

Friday, August 12, 2011

Perasan ke tak?


Assalamualaikum dan selamat pagi wahai blogger sekalian. Ehem ehem. Aku rasa sejak akhir-akhir ni aku tak berapa aktif dalam buat post entry ni. Eh, perasan ke tak eh? Komen yang banyak-banyak tu pun aku tak approve lagi. Haih. Apa mau jadi sama ini owner haa? Mau bikin orang malah-malah (sila baca dengan marah-marah) ka? Maaf ye korang. Aku kebelakangan ni sibuk la. Kadang-kadang ada urusan yang nak diselesaikan. Itu bukan sibuk juga ke? =__=


Tapi aku tetap terjah juga segelintir blog dan tinggalkan beberapa komen. Masih banyak lagi yang aku belum selesaikan. Boleh pengsan jadinya. Sebagai contoh, list untuk senarai segmen tu bloglist ni. Fuhhhhh~ Bikin gua pening saja maaa.. Tengok segmen tu, giveaway ni, contest tu, contest ni. Semuanya macam menarik. Nak join, masa tak ada sangat. Malam-malam aku dah penat. Kadang-kadang layan anak buah kejap. Baru siap-siap nak tidur apa semua.


Terfikir buat auto publish je ni. Hahaha. Boleh ke tak eh? Tapi bersengkang mata dan memerah otak la juga kan nak buat entri. Haih. Kesian. Biasalah, cuti dah hilang sehari. Tinggal hari Sabtu ni je. Tu pun tak tau la sempat ke tak. Harap-harap menjadi~ :D

Thursday, July 21, 2011

Kembali aktif

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ni aku cuti. Maka dengan itu, aku terlalu semangat untuk terjah kesemua blog yang terdapat dalam semua segmen yang aku join. Haaaa.. Rajin betul aku ni. Hahaha. Insya Allah yang follow aku tu, nanti aku akan cuba follow balik. Sekarang masa untuk terjah apa semua dulu. Hehe. Segmen Freaky tu dah habis terjah semua. Luna Lanun dengan Chegu Zubir punya belum habis diterjah lagi. Kemudian, aku akan teruskan dengan segmen, giveaway mahupun contest yang terbengkalai sejak akhir-akhir ni. Tunggu je aku update nanti eh? Hahaha.



Done. Byebye.



Nota kecil : Sebenarnya aku tak tau nak update apa. Tu je la yang boleh ditaip pagi ni. Haha :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...