Sunday, November 20, 2011

Aktiviti Hujung Minggu Lepas !

Assalamualaikum dan selamat petang. Ehem ehem. Entri dah berkurun lamanya tapi baru nak update. Ekeke. Rileks. Chill babe! :D Gua tarak idea nak update blog ni. Dah alang-alang gua jalan-jalan hujung minggu lepas, haruslah gua update blog gua yang semakin kurang kunjungan ni. Agak sadis di situ ye.


Sabtu lepas, haruslah merajinkan diri ke panggung wayang untuk merilekskan diri gua yang semakin sibuk dengan assignment tu, assignment ni tapi gua sempat pula kan berseronok di luar. Wah, nampak macam tak ada kerja kan. Dah gua siapkan dulu kesemua tu, memang gua seronok sakan la kan. Gua pergi layan cerita "Shark Night". Versi 3D.




Sebenarnya gua tak layan aksi yang seram macam ni. Putus tangan la apa la. Tapi bajet cool juga nak tengok cerita ni sebab cerita lain semua petang dan malam. Dalam bajet cool tu jugalah tangan yang memegang popcorn dinaikkan ke atas supaya muka gua terlindung. Hahaha. Apa-apa pun, gua nak cakap boleh tahan la cerita ni.


Keesokannya pada hari Ahad, gua bertolak ke Istana Budaya untuk menonton Teater "Badai Semalam". Hehe. Jangan terkejut. Gua memang minat teater. Lagi-lagi bila diberikan peluang untuk lihat sendiri teater yang dilakonkan oleh pelakon tanah air kita sendiri kan. Lagi la gua rasa excited.




Gua punya tiket no 31 tu. Sebelah tu roomate gua. Sebenarnya gua join under kelab gua. Kelab PENTAS dekat U gua. Gua saja-saja je cuba sesuatu yang baru. Hehe.




See.. Kan betul gua pergi sana. Ni haaa antara nama barisan pelakon-pelakon yang menjayakan teater tersebut.




Disebabkan malas sangat nak masukkan banyak-banyak gambar, so gambar tuan blog harus ada ye. Huhu.




 Gua nampak kecik tapi gua nampak tinggi. Haha. Trick betul gambar ni.


Akhir sekali....




Comel tak? Roomate gua bagi. Gua punya Smurf tu je. Lain-lain roomate gua yang lain punya. Hehe. Gua dapat shawl pashmina warna kelabu sekali. Tapi tak dipakai pun lagi. Entah bila nak pakai pun gua tak tahu.


Done. Entri gua panjang betul kali ni. Haha. Tahniah la sebab dah berjaya habiskan entri ni. ^_^v


Nota kecil : Gua malas nak letak gambar gua yang lain. Biar kecik, orang lain tak payah nak usya. Hoho

8 comments:

L said...

amboi.. rileks sakan diee.. huhu

jom bacer kejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/belajar-dari-alam.html

Nurrul Hazieqah said...

banyaknya berjalan.... sakan betul... cerita shark tuh action ehh ?

Ezad Skytech said...

wahh...ada assignment pun sempat lagi tengok wayang tu...haha...

Ezad Skytech said...

nape naik2 popcorn tu...seram ke tengok putus2 tangan ni...heee~

Ezad Skytech said...

hee..layan teater ye..? sy tak minat..haha...

SoLy SoLicious said...

waahh... xberkesempatan pun nk nengok badai semalam..huhu

Niena Muhammad said...

msti best kan

aamalinaazman said...

huwaaa
jerit x mase tgk shark tu
hehhehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...