Showing posts with label gua. Show all posts
Showing posts with label gua. Show all posts

Thursday, November 24, 2011

Ini Gua Punya Suka Laaa~

Assalamualaikum. Gua nak tanya ni. Eh, ni bukannya GUA[dot]com[dot]my tu ye dan bukan juga gua-gua di Malaysia. Tetapi kata ganti nama. "GUA" tu memang khas untuk lelaki eh? Kalau perempuan pakai, nampak macam ala-ala rock gitu la ye? Gua pun dah terikut dengan ayat ni, "Rileks bro". Haha. Tapi janganlah kau kasar sangat. Tak pasal-pasal orang lain labelkan kau khususnya para wanita sebagai "tomboy". Haaa.. Tak pasal-pasal je.



Siapa cakap pakai kata ganti nama "gua" tu tak boleh untuk gadis-gadis cilik?


Semalam gua buat entri pasal MALU ni kan? Serius, hari ni pun gua bertambah malu. Gua habis lab C++ pagi tadi, terserempaklah dengan seorang kawan gua. Gua jerit nama dia tapi dia tak toleh pun. Kawan dia yang depan pandang belakang. Puas gua fikir balik asal dia tak pandang gua. Rupa-rupanya gua tersalah panggil nama dia. Nama dia "Sika" tapi gua panggil "Sita". Sita tu nama coursemate gua. Walawehhh.. Gua salah nama sudah. Tu la, korang punya nama dekat sangat. Haih.


Gua punya identiti pun dah terbongkar. Coursemate gua dah tahu especially perempuan la kan. Gua memang selalu lepak dengan makmal bila gua tak ada kelas. Ada yang tanya gua pasal URL gua tapi perlu ke gua bagitahu? Tak perlu -.- Haha.


Nota Kecil : Gua masih tak ada idea untuk update blog gua. Lu orang ada idea tak?

Tuesday, September 6, 2011

Lu bikin gua stress !

[Perhatian, entri ni hanya dipenuhi dengan kata ganti gua]





Assalamualaikum dan selamat datang. Yeah, gua stress. Semua gara-gara esok. Ye, ESOK ! Barang yang sangat banyak. Hari tu dah packing. Bila dah beli barang lagi, gua pening kepala mau packing balik sama ini balang (baca : barang) wooo~ Haih. Gua tak pasti apa yang dah complete, apa yang belum. Gua sudah beli barang dan siap buat akaun CIMB sebab senang gua nak berurusan bila duit gua kurang dan bertambah kurang. Pergi daftar tadi pun gua penat tunggu sampai gua mengantuk dan banyak kali menguap.




Ni pun gua kena packing, siapkan jahitan beg gua dan pilih kuih raya untuk dibawa ke Universiti esok hari. Pagi-pagi esok gua sibuk gila. Tak boleh nak kemas-kemas dah sebab esok kawasan perumahan ni ada buat majlis makan-makan. Rumah gua pun terlibat. So, gua pun kena bertungkus-lumus untuk tolong memasak esok. Daftar pula petang. Malam dah sibuk. Gua pun tak tahu sama ada gua diberi kebenaran ke tak bawa laptop ni ke sana. Laptop ni bukan gua punya.


Gaji gua, gua guna untuk keperluan Universiti. 100% SENDIRIAN BERHAD. Gua tak tahu dah berapa banyak gua habiskan duit gua untuk benda-benda ni. Gua tak nak susahkan mak ayah gua. Biarlah gua berdikari. Akhir sekali, gua bakal rindu korang semua! Haha.


Nota Kecil : Kemungkinan blog ni akan tidak bergiat aktif seperti dulu kala.

Pesanan dari penaja : Tolong doakan yang terbaik untuk gua ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...