Showing posts with label belajar. Show all posts
Showing posts with label belajar. Show all posts

Wednesday, September 14, 2011

Perkara yang biasa terjadi apabila dah masuk belajar

Assalamualaikum dan selamat pagi. Sihat tak korang eh? Tolong jaga kesihatan ye. Jangan jadi macam aku ni ye. Dah seminggu batuk-batuk. Tak sihat-sihat pun. Haih.


Haaa.. Jom tengok, korang jenis macam ni ke tak.




1) Kau akan jadi malas gilaaaaaa nak buka laptop dan taip entri yang kadang-kadang kau macam haremmm gila nak perah otak nak buat entri. Haha.



2) Kau sibuk mengalahkan Perdana Menteri sebab dah mula kena buat assignment. Sudah semestinya kau pun akan buat muka sepuluh sen sebab TERPAKSA buat juga walaupun hati tak rela.



3) Malas nak bangun awal pagi. Almaklumlah, sebelum ni selalu je bangun lewat sebab cuti punya pasal. Alamatnya, korang tidur dalam kelas. TERBAIK WOKKKK!


Okay, cukuplah kot. Kepala aku tak boleh berfungsi sangat. Mungkin disebabkan penyakit ni, otak jadi low kejap. Kadang-kadang makan apa-apa pun tak ada rasa. Hampeh. Puasa je la nampaknya =___=

Tuesday, September 6, 2011

Lu bikin gua stress !

[Perhatian, entri ni hanya dipenuhi dengan kata ganti gua]





Assalamualaikum dan selamat datang. Yeah, gua stress. Semua gara-gara esok. Ye, ESOK ! Barang yang sangat banyak. Hari tu dah packing. Bila dah beli barang lagi, gua pening kepala mau packing balik sama ini balang (baca : barang) wooo~ Haih. Gua tak pasti apa yang dah complete, apa yang belum. Gua sudah beli barang dan siap buat akaun CIMB sebab senang gua nak berurusan bila duit gua kurang dan bertambah kurang. Pergi daftar tadi pun gua penat tunggu sampai gua mengantuk dan banyak kali menguap.




Ni pun gua kena packing, siapkan jahitan beg gua dan pilih kuih raya untuk dibawa ke Universiti esok hari. Pagi-pagi esok gua sibuk gila. Tak boleh nak kemas-kemas dah sebab esok kawasan perumahan ni ada buat majlis makan-makan. Rumah gua pun terlibat. So, gua pun kena bertungkus-lumus untuk tolong memasak esok. Daftar pula petang. Malam dah sibuk. Gua pun tak tahu sama ada gua diberi kebenaran ke tak bawa laptop ni ke sana. Laptop ni bukan gua punya.


Gaji gua, gua guna untuk keperluan Universiti. 100% SENDIRIAN BERHAD. Gua tak tahu dah berapa banyak gua habiskan duit gua untuk benda-benda ni. Gua tak nak susahkan mak ayah gua. Biarlah gua berdikari. Akhir sekali, gua bakal rindu korang semua! Haha.


Nota Kecil : Kemungkinan blog ni akan tidak bergiat aktif seperti dulu kala.

Pesanan dari penaja : Tolong doakan yang terbaik untuk gua ye.

Monday, September 5, 2011

Raya belum habis lagi lah !

Assalamualaikum. Korang dah makan? Eh, mestilah dah makan kan? Malam dah ni. Kalau ada yang kempunan, tengah-tengah malam pergi dapur cari makanan. Tak pun, cari maggi. Ehem ehem. Bukan aku tu. Hahaha :p


Hari ni merupakan hari raya yang ke-7 buat kita semua. Ada yang masih dalam mood raya ke? Tak nak balik Universiti eh? Huhu. Kesian. Aku pun terasa malas nak pergi daftar lusa ni. Alahai. Demi menimba ilmu, kena la akur dengan semua ni. Okay, sadis bunyinya. Haha.



Macam ni la rupanya redha tu. Specky tu macam aku. Tapi aku pakai waktu belajar je. Dekat luar sangat susah nak jumpa aku macam ni. Huhu.


Memandangkan aku lebihkan duduk rumah dari beraya, maka mood raya aku kembali pada hari ni. Bukan aku tak nak pergi beraya, tak tahu nak raya dekat mana. Kebanyakan kawan-kawan aku dekat kampung. Bila balik sini mesti tak lama, nak daftar masuk Universiti la apa la. Tu yang kempunan. Haih. Dah, jom layan~



Nampak tak aku rajin pergi beraya hari ni? Haha. Abaikan pemandangan di belakang :p



Harus tuan rumah diajak untuk bergambar. Huehue. Ni teman sekerja aku dulu. Kalau nak tahu, tekan SINI.


Sebenarnya aku puasa hari ni tapi disebabkan dapat jemputan, haruslah dipenuhi. Kalau bukan hari ni, dia nak ajak beraya lusa tapi aku nak daftar Universiti, kena tolak dan pergi je hari ni. Puasa 6 aku tu akan dibuat kemudian je. Yang ni penting. Karang tak jumpa dah. Okay, ayat tu macam sedih. Huuu..



Budak yang bakal trial SPM pada esok hari ni la yang temankan aku pergi beraya. Meet my little brother. Haha. Sempat pula aku kenalkan adik aku dengan korang. Waktu ni dia tak nak ambil gambar. Jadi macam ni la gambarnya. Sabar je lah~


Nota Kecil 1 : Hari ni perut aku full betul. Bukan selalu pun kan? Lepas ni maintainkan balik berat badan. Hehe.

Nota Kecil 2 : Goodluck kepada calon-calon SPM, buat yang terbaik pada esok hari :D

Pesanan dari penaja : Menghitung hari nak kembali belajar.

Sunday, August 28, 2011

Selamat Membina Masjid :)

Assalamualaikum dan selamat malam korang. Hehe. Maaf ye, pagi tadi tak sempat nak update. Berkejar-kejaran nak pergi kerja apa semua. Sekarang ni je dapat update. Huuuu..




Selamat membina masjid kepada aku. Opssss.. Salah, kepada bakal pengantin yang akan memegang gelaran suami / isteri. Bukan aku ye. Hahaha. Jangan korang buat onar pula. Aku muda lagi. Lalalala~


Waktu cuti adalah masa yang sesuai untuk buat majlis perkahwinan. Awwww.. Seronok! Aku suka budak-budak kecik yang selalu mengiringi pasangan pengantin. Ala... flower girls tuuuuu! Hoho. Okay, berangan. Kahwin simple-simple sudah. Kahwin masa raya, agak-agak dapat duit raya sekali tak? Hahaha. Yelah, dah tua ni. Sedar diri. Huuu..


Tapi kan selalu aku tengok ramai betul pasangan yang bagi wang hantaran yang tinggi. Tak guna juga mahal, tapi akhir sekali bercerai =___= Pastikan korang kahwin tu bukan untuk masa yang singkat tapi untuk sehingga ke akhir hayat. Be alert ye korang! Haha. Bajet macam profesional dan dah kahwin ye. Sabar je lah~


Haih. Panjang betul merepek, sebenarnya tu gambar kad raya yang diterima oleh Dzarief Zuhdi. Nama penuh aku bagi. Hahaha :p Thanks a lot awak! Tahun depan boleh bagi lagi. Maaf tau kalau tiba-tiba buat entry pasal kahwin ni bila tengok kad raya ni. Hehe.


Nota Kecil : Hooray! Esok last kerja. Kemudian, fasa untuk belajar sedang menunggu~ :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...