Showing posts with label korea. Show all posts
Showing posts with label korea. Show all posts

Saturday, February 18, 2012

Ciplak !

Assalamualaikum.


Nak tanya korang la kan, korang pernah tengok cerita Stairway To Heaven tak? Ala, drama korea tu. Cerita tu la antara cerita korea yang aku selalu layan zaman sekolah dulu-dulu. Sedih tak payah cakaplah, tangkap leleh aku tengok cerita tu sorang-sorang. Hahaha. Jangan ingat hati gua keras ye :p


*Google*
*Sweet ok mereka ni. Aku sangat stress bila ada konflik*


Tapi.... cerita tu dah diciplak. Serius, aku baru tahu. Sewaktu cuti semester ni masih berjalan, aku bosan dan terus melayan cerita-cerita di tv pada waktu pagi sambil jaga anak buah. Bila tengah usya cerita dekat INFO Astro tu, ternampaklah tajuk Stairway To Heaven. Dalam hati excited bukan main tapi bila dah buka, "Eh, asal Filipina pula ni?". Tettttt.. Kes tutup! Hahaha.




Inilah aku cakap tu. Versi Filipina. Aku mula-mula layan macam tak tahu apa-apa. Bila dah makin melayan, baru perasan sama macam jalan cerita drama korea. Ciplak eh? Hoho. Tapi hero dengan heroin dia comel ok! :D


Haaa.. Untuk pengetahuan korang, kalau nak tengok cerita dekat atas ni boleh rajin-rajinkan diri tekan remote tv ke :

  • TV3 (Filipina) : 9.30 - 10.30 pagi
  • NTV7 (Korea) : 12 - 1 tengah hari
*setiap hari iaitu Isnin - Khamis kecuali Jumaat, Sabtu dan Ahad


Eh, terpromote pula. Maaf. Hahaha. Tapi dengar kata cerita TV3 pukul 7 petang setiap Isnin - Khamis tu ciplak Korea juga. Oh, gimana tu ye? Huehue.


Nota Kecil : Cuba buat versi sendiri. Tak tiru orang lain. Apa kata anda? Mahu jadi diri sendiri atau orang lain? Hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...