Sunday, May 31, 2009

terlalu istimewa

Assalamualaikum w.b.t.hari jumaat iaitu bersamaan 29 hari bulan 5 merupakan sambutan hari guru di sekolahku.sekolah menengah kebangsaan jalan empat atau jess nama diberi.sambutan yang begitu hangat dan menarik perhatian pelajar-pelajar.guru ialah pendidik yang mendidik anak bangsa tanpa jemu.tanpa mereka,siapalah kita.mereka banyak memberi jasa kepada negara.di sini aku ingin ucapkan selamat hari guru kepada semua guru di dunia.tak lupa juga kepada:

pn. fatimah : bahasa melayu
pn. zainab : matematik moden
pn zainon : agama islam
pn rasilah : matematik tambahan
pn miza : fizik
pn banu : kimia
pn saira : biologi
pn halleyza : bahasa inggeris
pn harvinder : sejarah

dan juga kepada mentorku hasil daripada program mentor menti yang dijalankan di sekolahku iaitu pn noorhafizan.walaupun kami jarang bertemu kerana kesibukan yang dialami.tapi aku tetap memberikan hadiah kepada beliau kerana sudi menjadi mentorku.beliau merupakan cikgu fizik di sekolah tapi untuk pelajar-pelajar tingkatan 4.

walau bagaimanapun,sambutan hari guru amat memberangsangkan.di sini disertakan beberapa gambar semasa majlis tersebut dijalankan.layan~~ :))

ni la persembahan daripada kumpulan jebon.kumpulan daripada tingkatan 5 kreatif.namun ada juga seorang pelajar daripada tingkatan 4..haha.persembahan yang amat menggelikan hati.berjaya mengukirkan senyuman guru-guru dan membuatkan mereka tertawa.mereka menari seperti zaman p ramlee.ceh!haha.sporting habis~

ni pula persembahan daripada guru-guru kami.kumpulan ini dikenali sebagai meet auntie shikin musical.hehe.comel je semua cikgu ni.

namun,hanya ni sahaja gambar yang disertakan walau pada hakikatnya banyak.huhu.jap,anda tak terfikir ke kenapa aku letak tajuk "terlalu istimewa" itu sebagai tajuk entry aku yang ni?yang pertama,ditujukan kepada guru-guru.dan keduanya,tetttt.....mari kita lihat gambar di bawah!hahahaha..

kami dikejutkan dengan ketibaan adibah noor ke sekolah kami.hehe.ketika ini,pn rosenani diajak berduet dengan adibah noor untuk menyanyikan lagu "terlalu istimewa"

yang ini pula gambar adibah noor bersama pengetua jess iaitu pn noorizan.beliau merupakan guru yang paling ceria dan sporting apabila adibah noor menganjurkan game kepada semua guru.

ketika ini,ashraf daripada 5 dinamik menunjukkan ala-ala gentleman dia tuh dengan memberikan sejambak bunga ros sambil melutut kepada adibah noor.haha.ambil kesempatan namanya ni ;pp

anda kenal sama dia ni?huhu.ni la thye!protege kepada mentor adibah noor.dia membuat 2 persembahan secara live di depan kami.hehe.dia juga ada berduet dengan azlyn iaitu penjemput adibah noor ke sekolah kami.

walau apa-apa pun,kami sangat terkejut dengan surprise beliau.have fun sahaja la kan?kih3.sampai di sini sahaja entryku.semoga bertemu lagi~ :))

8 comments:

johari said...

weee!! adibah noor!! my idol!

julietANNA said...

rindunya zmn sekolah2 dulu :(

Lazyf... said...

gosh!!!Adibah Noor tuuuuu....hehehe!!!btw, nice blog gurl!!!keep it up ;-)

hira said...

johari:your idol ek?btw,she's my idol too.haha

hira said...

julietanna:rindu?tuh la.nanti nak keluar sekolah dah.tak boleh nak have fun macam sekarang ni.seronok juga la bila jadi macam budak-budak.huhu :)

hira said...

lazyf:thank you.your blog is awesome too~ :))

Mysterious Lady said...

bestnye!

hira said...

best la juga
huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...