Sunday, March 4, 2012

Trauma

Assalamualaikum.


Selama seminggu aku menghilangkan diri. Hmmmm..Terasa berat hati ni ye. Maaf, keadaan jadual pelajaran aku yang sangat pack tu menyebabkan aku tak ada masa untuk berblogging. Masalah kedua, Wifi. Ketiga, Penat yang melanda. Tak perlulah aku tempekkan jadual aku dekat sini pula kan. Naya korang nak tengok.


Hari ni merupakan hari bersejarah dalam hidup aku dan juga keluarga. Tapi sesungguhnya semua yang terjadi tu ada hikmahnya. Barulah aku rasa macam mana situasi yang mencemaskan di mana adanya senjata yang tajam dan membahayakan. Subhanallah. Tak dapat nak gambarkan macam mana perasaan ketika itu. Air mata terasa nak mengalir bila teringat balik.




Mungkin terasa sedikit trauma di situ. Terasa niat untuk stay dekat rumah untuk next sem terpaksa dibatalkan. Takut. Lagi-lagi seorang wanita. Kami kaum yang lemah. Subhanallah. Macam-macam jenayah yang terjadi sekarang. Kepada kaum wanita, sila berhati-hati di mana sahaja anda berada ye. Tak kiralah korang ramai walaupun semuanya wanita. Tetapi jenayah tak kira bilangan. Dia nak buat, maka jadilah.


Sebenarnya Khamis petang hari tu aku dah start demam sampailah semalam. Alhamdulillah, hari ni dah begitu sihat walaupun masih berbaki batuk. Dugaan ni sememangnya menguatkan hati seseorang hamba. Kemungkinan dugaan ni mengingatkan kita supaya sentiasa mengingati Dia di mana saja kita berada, apa jua kerjaya kita dan apa yang kita ada sekarang.


Nota Kecil : Alhamdulillah, semuanya selamat :')

4 comments:

unknown said...

Knpe3?? knpe?! Asl dgn snjata.. ape yg jdik kak?

btw, akq bley je sign up twitter..

Anonymous said...

kuat dan sabar
macam awak pernah cakap dekat saya :)

Mr.Superman said...

senjata tajam?x cte pun -__- klu sume slmt alhamdulillah.cpt la hilang trauma tu ye.cuma berhati2 la mn pun kita prg. :)

Prettywrite said...

apa jadi ya?ya Allah mcm2 jenayah yang jadi..semoga awak tabah ya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...