Thursday, June 9, 2011

corat-coret saya :D

Assalamualaikum. Sihatkah anda semua? Semoga sihat hendaknya la ye. Seminggu lebih sudah terperap di rumah dengan tidak melakukan apa-apa kegiatan selain makan, tidur, layan laptop, game apa semua. Woahhhh.. Hebat bukan? Itulah kegiatan harian yang sangat membosankan hidup aku. Hihihi. Padan muka sendiri, gatal sangat nak berhenti kerja kan? Wang yang mengalir tu dah kira masyuk, siapa suruh berhenti? Cuti pun memang sangat seronok, 2 hari seminggu sampaikan ramai yang sangat cemburu. Boleh pergi tengok wayang selama 2 hari. Kan masyukkkkkkkk? Hahaha. Tapi kalau tak ada duit pun, tak seronok juga, bukan? Heh. Maaf la. Ramai betul tanya kenapa berhenti. Aku ada alasan tersendiri. Salah satunya, aku suka mencederakan diri sendiri. Boleh terima tak alasan tu? Suka hati korang la nak percaya ke tak. Ada aku kisah? Huehue :p Selebihnya, biarlah rahsia :D


Entah apa yang merasuk diri aku supaya taip benda alah ni. Haiyooo.. Pelik betul. Tak apa, mungkin aku terdorong disebabkan buat blogwalking yang sangat lama tanpa meninggalkan sebarang jejak terhadap blog lain. Wahhhh.. Macam silent reader la katakan. Maaf, terasa malas pula melanda diri nak tinggalkan jejak terhadap blog-blog kalian +_+


Tahniah Negeri Pulau Pinang kerana menang pingat emas dalam Renang Gimrama tu. Teringat pula kem yang telah aku sertai semasa Tingkatan 5 dahulu. Kem pertama dalam sejarah hidup. Kesian, bukan? Dah ramai orang yang sertai kem perkhemahan segala, tetapi aku sebaliknya. Tak apa, banyak kenangan manis dan pahit selama aku menyertai kem tersebut. Nak tau kenapa tiba-tiba aku kaitkan renang dengan kem ni? Korang tak nak tau? Aku nak bagitahu juga :p Hoho. Hal ini disebabkan salah satu aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti mencabar. Nampak sangat aku dah lupa nama spesifik aktiviti tu. Haih. Apa la nak jadi dengan aku ni kan? ~_~ Aktiviti mencabar tu ada banyak seperti merangkak ala-ala dekat kem tentera tu *kalau lambat, kena simbah dengan air lumpur =_=* , wall climbing *yang ni sangat seronok sebab aku ringan, so boleh naik awal. hahaha :p* , aktiviti menyelam dalam sangkar yang dikatakan terdapat katak-katak yang sangat banyak dan pelbagai aktiviti seterusnya. Aktiviti menyelam tu la yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila. Woahhhh.. Seronok kan menyelam? Dah la aku tak reti berenang, boleh pula dipaksa masuk. Bila dah keluar dari sangkar tu, tercungap-cungap aku jadinya. Haih. Kesabaran betul la kan sebab aksi aku itu dirakamkan. Sangat menakjubkan! Saya sangat bangga di situ @_@


Ok, cerita tu perlu ditutup.


Sekarang ni aku tengah tunggu offer kerja yang telah aku apply dari beberapa kedai. Ala, aku kerja cikai-cikai pun bukannya permanent pun kan? Setakat menimba pengalaman bekerja dah cukup buat aku :) Tapi tu la, still tak ada calling-calling lagi even baru satu hari kan? Nampak sangat aku cukup excited untuk bekerja semula. Hahaha. Haruslah aku cari kerja secepat mungkin untuk mengumpul wang saku untuk membeli something yang sangat special sebelum masuk Universiti nanti. Huhu. Apa dia tu, perlu dirahsiakan :p Harap-harap menjadi kenyataan. Sebelum tu, harap-harap juga agar bos lembut hati untuk mengambilku sebagai pekerja. Amin.. Sementara nak tunggu kerja tu, jom kita luangkan masa dengan menghadiri kelas memasak! Hahaha. Seronok la. Aku dah lama tau nak join kelas memasak, membuat kuih, kek dan sebagainya. Disebabkan wang dan masa yang tidak mengizinkan, maka semua itu terbengkalai even masa nak masuk Tingkatan 4 dulu nak ambil kos seni kulinari tapi terpaksa dilupakan. Hehe. Semoga hajat ini pun tercapai. Insya Allah :)


Dah macam karangan SPM yang tidak boleh melebihi 350 patah perkataan dah aku tengok. Haih. Maaf ye kalian semua yang dah berjaya membaca penulisan yang tidak seberapa menarik ini. Huhu. Sekadar coretan semata-mata. Andai tersilap dan terkasar bahasa, harap diampunkan. Chill :D


P/s: Tunggu masa nak keluar dengan "ex-workmate" *betul ke ni? Taram saja lah :p* minggu depan. Yuhuuuuu..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...