Sunday, February 1, 2009

Luahan hati



Perasaan sedih menyelebungiku. Perasaan bercampur baur dengan kecewa dan bersalah terhadap seseorang dan juga diri sendiri. Apakah disebabkan peristiwa yang sudah berlalu itu patut diungkit kembali? Apakah kerana menjaga hati dan perasaan, aku harus meletakkan perkara ini ke tepi? Fikiran dah jauh melayang kerana memikirkan hal tersebut. Seharusnya kita mengambil pengajaran daripada apa yang kita sudah lalui  Ambil yang jernih dan buang yang keruh. Tapi peristiwa hitam terus menyelebungi dan membuat perasaan bersalah bersarang di jiwaku. Apakah ini akan terus berlaku? Alangkah gembiranya kalau kita hidup di dunia tanpa menghadapi sebarang masalah. Tapi kita dikurniakan akal oleh Tuhan untuk memikirkan masalah yang harus kita tempuhi. Aku hanya harapkan hal ini terus lenyap dalam ingatanku dan juga seseorang...

3 comments:

Blog Eazy Izzuddin said...

huhu..
buang yg keruh..
ambil yg jernih..
xD

Zahirah said...

hee x) ye2~ thanx a lot..

Chicho said...

"La tahzan"..dont be sad hira..apa kabar hira...
asslkm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...