Saturday, January 31, 2009

Kenangan manis kau dan aku :)


anda sekalian . hari ni aku akan menceritakan kenangan yang paling manis bersama2 teman rapat ataupun dikenali sebagai gula2 hati . aku tak pernah buat entry ni pun . ni yang pertama kali nak cerita . pengalaman ni ketika kami berada di melaka . kami mengikuti lawatan kelab yang kami sertai iaitu , kelab bahasa melayu . kami ke sana dalam 3 hari 2 malam . memang seronok . kami meluangkan banyak masa bersama . di sana , ada pelbagai aktiviti . dalam keseluruhan aktiviti tersebut , kami mendapat johan . berkat kerjasama sebagai 1 pasukan la katakan . hee x)

di sini , aku sertakan beberapa gambar sepanjang kami di sana .


adah dan husna ketika kami sibuk pusing2 melaka tuh



ketika kami di dalam bas . aku dah lupa situasi yang mana satu . hu3



bergambar di keretapi . cikgu yang tolong snapkan . sporting cikgu tuh xD



kami tak sedia lagi waktu ni . masing2 sibuk buat hal sendiri . hasilnya , jadi la macam ni . haha . waktu ni , kami berada di luar muzium . alang2 dah penat berjalan , kami berposing maut dulu la . kih3 .



mereka sungguh bajet , oke ? haha . mereka kelihatan kesengalan + kepoyoan . ada ke ayat macam tuh ? haha . peduli la . walaupun aksi2 mereka ni tak seberapa , mereka tetap hebat bagikuh! ;)



yuhuu ! kami berada di Eyes of Malacca~ hu3 . kami happy pada waktu ni . tapi malangnya , tak dapat nak pergi waktu malam . ade beberapa ahli kelab kami yang dapat pergi ke sini secara senyap2 . lawa pemandangan eye on malacca ni waktu malam . sedih tak dapat tengok secara live ;(



bergambar sebelum pulang dari melaka . sempat berposing di hotel kami menginap tuh . hoho . bilik kami ade 2 katil . bukan single . kalau single , sure tak muat la kami berenam tidur dalam 2 katil tuh . hee x) anda2 , budak yang pakai socks dekat tangan tuh kan susah nak bangun awal . haha . dah beberapa kali kejut pun , dia tidur balik . rasa nak lempang je kasi bangun cepat . haha . kami tak kejam , oke ? kami gerak2kan badan dia sampai la dia bangun . hu3 . penyegan benor la cik adah kita ni . haha .



kami rasa bergambar di dalam toilet tuh satu kemestiaan bagi kaum perempuan . haha . sorang2 muka tak tahan je . ngee~ ;pp



sesudah keluar dari rumah hantu dekat taman buaya . kami bergambar macam orang gila je . haha . memang tak tahan betul kami buat muka takut tuh . dah la ramai orang lalu lalang . tapi kami buat tak tahu je . nasib baik , sekejap je kami bergambar . kalau tak , jadi bualan orang ramai dah ni . haha . terima kasih kepada cikgu asma muslim kerana sudi mengambil gambar kami x)


pada waktu ni , aku tak sedar yang fon aku dah hilang . bila dah selesai je , terkejut you fon dh hilang . haha . mintak amoi yang keje kat rumah hantu tuh carikan . dah habis carik tuh , dia kata tak jumpa . memang nak nangis dah masa tuh . dia ajak la masuk sekali . kami pun masuk la ramai2 . nasib baik dorang dah tutup suis rumah hantu tuh . kalau tak , memang menggerunkan . hu3 . last2 , tak jumpa . orang tuh suruh aku cari dalam beg . mana la tahu , ada ke ? aku buka la beg tuh . 1st time cari , tak ada . bila 2nd time cari , jumpa . hahaha . gila sengal ! rupa2nya aku letak dalam beg . aku lupa , masa tuh aku tengah nervous gila nak masuk rumah hantu . mereka2 ni la yang suruh aku masuk . actually , kami masuk secara ramai2 tau . budak2 laki dan perempuan form2 serta dua orang guru . hu3 . laki yang depan . nak tengok berani mana mereka2 ni . pada mulanya , dua orang je laki kat depan . dah kuar rumah hantu tuh , semua laki dah ada kat depan . sah2 , mereka ni penakut dari yang disangkakan . haha.


kami kepenatan setelah berjalan2 di taman buaya tersebut . actually , kat sana tak ada apa2 yang menarik pun . hanya tengok buaya2 . aku tak beli kan apa2 pun sebagai ole2 . sepanjang berada di melaka tuh , aku hanya belikan rantai untuk diri sendiri dan juga cencaluk serta belacan untuk ibu tersayang . haha . berbau you bas tuh . aku penduli apa . yang penting , barang2 tersebut sampai ke rumahkuh dengan selamat . kih3 .


waaa . panjang sungguh entrykuh pada hari ni . walaupun berada di melaka selama 3 hari 2 malam dengan keadaankuh yang tak berapa sihat , aku sungguh gembira , oke ? pengalaman ni la yang paling hebat dalam hidupkuh . adah , atyn , husna , nadhirah serta hajar adalah gula2 dalam hatikuh ! mereka sangat bermakna <33

2 comments:

Eazy Izzuddin said...

sume nye...
lawa2 blake..
hehe
xD

posing skan..
(>_<)

hira said...

puji ikhlas x tuh cik eazy?kih3.thanx a lot~kitorg mmg happening mse tuh.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...