Sunday, April 11, 2010

new drama :D


*muka tak tahan* HAHA

Assalamualaikum semua. Rinduuuuuu nak update blog yang dah bersarang labah-labah ni. Entah-entah dah ada cucu cicit pun aku tak perasan. HAHA. Abaikan~~ Maaf ye rakan-rakan, menghilangkan diri selama seminggu bagaikan setahun lamanya. HAHA. Bila tengok lama-lama macam bosan je blog ni kan? Bila la cik zahirah ni nak upgratekan blog dia pun tak tahu la. Tak apa, kalau dia rajin dia buat la. Baik, kembali kepada matlamat utama iaitu kehilangan selama 8 hari 7 malam di Johor. HAHA

Hari pertama, aku pergi ke Johor Bahru untuk memenuhi jemputan saudara-mara ke majlis perkahwinan anak mereka. Seronok tak terkata. Almaklumlah dah lama tak cuti sejak bekerja dulu-dulu. Kalau cuti pun, keluar pergi tempat sama sahaja. Bosan kan hidup aku? HAHA. Ini sahajalah waktu untuk aku bersuka-ria. Eceh, ayat tak tahan. =.= Perjalanan yang begitu lama untuk sampai ke sana. Sesudah sampai di Skudai, semestinya binti wajib untuk menjemput abang aku dekat sana. Kami pergi Johor Bahru seramai 5 orang sahaja. Kakak sudah ditinggalkan di rumah manakala mak jaga pak cik dekat hospital.

*muka tembam* :pp

Pada waktu itu, keadaan hujan lebat yang membasahi bumi sememangnya memberikan kebaikan. Kebaikan ke? Kebaikan kepada alam sekitar serta tumbuh-tumbuhan tapi bukan kepada pengguna jalan raya yang bersikap terburu-buru. Ada juga kemalangan yang berlaku. Kesian tengok. Tapi apa boleh buat? Betul tak? HAHA. Abaikan~ cik zahirah sudah mula merepek. Selepas majlis itu selesai, kami pun berangkat pulang ke rumah kakak aku dan blah blah blah pun berlaku.... *merapu* HAHA. Baiklah, malas nak tulis panjang lebar. Cerita akan bersambung pada entry yang seterusnya. Sekian, salam :D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...