Tuesday, August 2, 2011

Macam-macam la zaman sekarang ni


Assalamualaikum. Pagi tadi rajin buka blog dan facebook sementara tunggu azan Subuh dilaungkan. Dua laman sosial ni memang wajib dibuka setiap kali on laptop. Tak kira lah notification dekat facebook tu sikit ke banyak ke, wajib buka. Tapi bila buka je, toink toink ternampak ada something dekat wall aku tu.


Someone tanya, ni facebook ke blog ni? Haih. Aku guna NetworkedBlog, so dia update setiap entry aku dalam wall la. Macam entry Freaky ni, lebih kurang je cerita dengan aku. Cuma dia kena sound sebab post dekat wall, aku post sini tapi sana yang diupdate.


Aku tak berniat pun nak kacau-bilaukan facebook tu ke apa ke, benda ni post dekat wall aku. Macam korang update status, keluar dekat home tu kan? Haaa.. Bukannya aku post dekat wall korang pun. Terpulanglah kepada individu tu nak baca ke tak. Pada hakikatnya, NetworkedBlog tu sememangnya merupakan penyumbang terbesar dalam blog ni.


Nak tau kenapa? Sebabnya, orang tertarik nak baca, kemudian dia tekanlah link tu. Apabila tekan, dia tak terus masuk blog aku. Cuma dia still nampak post entry tu. So, mereka baca di situ tanpa masuk dalam blog aku. Eh, ni mesti korang pun dah tau kan? Tak perlulah aku huraikan panjang lebar.


Entry ni bukan untuk kutuk orang ke apa, kan sekarang ni bulan Ramadhan. Aku tak naklah orang salah sangka dengan aku. Aku tak kacau orang pun. Nak update status dekat Facebook tu memang jarang sangat. Apa yang ada dalam blog aku tu lah perkembangan aku sebenarnya. Namun, semua tu macam tak bermakna bagi mereka.


Aku dah pun setting balik. Tapi still keluar dekat wall. Sebab tu, aku tak suka kalau share something dekat blog ni dekat Facebook. Eh, rasa macam nak banned Facebook pula, boleh?



Nota Kecil : Ada cadangan ke tak eh sama ada biarkan je ataupun delete je NetworkedBlog tu?

6 comments:

cik najihah said...

akak dulu pon rajin main dengan bende alah networked blog tu..tapi lame2 ase semak je terus delete..x pon hide kan aje

hira said...

macam mana nak hide eh?

Ezad Skytech said...

sy pon guna juga neteorkedblog tu..buat masa ni biar dulu la kot kat situ..takde org kacau pon..hee~

hira said...

entah, yekot. haha. nanti saya tengok macam mana

Suhazli said...

haah..padahal tu salah 1 source nak suh org bce..bukan paksa bace..haizzz! =.=

Abang Stalker said...

knp abg x thu menahu lgsg psl ni hira..T_T


sumpah x thu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...