Friday, August 19, 2011

Hoi Orang Kampung! Mai Sini~

Assalamualaikum. Ada orang tak? Nak bagi duit raya ni. Eh, silap pula. Raya belum lagi :p Sebenarnya aku excited ni. Gara-gara esok cuti. Weehoooo~!!! Okay, terover pula. Haha. Yelah, aku asyik kerja. Bikin gua panas je. Fuhhh.. Bajet macam hebat sangat la tu =__=


Ehem ehem. Bila aku balik kerja tadi, terus je duduk dekat sofa. Tiba-tiba, kucing kesayangan aku datang duduk dekat sebelah. Manja betullah kau nyau. Tapi, aku layan je. Huhu. Akak aku ada hulurkan sampul kad raya. Haaaa.. Ni yang best ni. Kad raya kedua untuk tahun ni. Hoho. Tak lain, tak bukan Oshin yang bagi. Padahal mula-mula aku dah pelik, siapa yang tiba-tiba hantar kad raya ni? Boleh eh macam tu? Haha.


Ni dia kad raya aku~ :D



Sebelum dibuka, nampak comel sebab kecik je kad raya dia bagi ni



Bila dah buka, haaaaa.. bukan main panjang. Haha. Banyak betul perkataan maaf. Alahai. Comel~ Thanks a lot Oshin! Tulisan dia pun comel. Kecik je. Kalah tulisan aku macam cakar ayam. Eh, nampak sangat tipu :p


Bila aku dah tengok kad raya tu, aku pun dah siap buat plan untuk malam ni. Haaa.. Jom tengok!


1) Siapkan kad raya untuk pos esok. (14 wehhhh.. Termasuk kembar aku, 15! Pengsan kejap. Hoho)

2) Main masak-masak. (Chocolate menanti saya di dapur. Yuhuuuu~!)

3) Kemas-kemas barang untuk memudahkan buat list untuk beli barang esok (Persiapan untuk masuk Universiti ni)


Haaa.. 3 plan tu. Tidur agak lewat ye malam ni. Huhu. Sedih kejap. Dah, aku nak sibukkan diri ni. Selamat malam korang! Haha. Tunggu je la kad raya tu minggu depan ye? Kalau tak sampai, tunggu lepas raya :p


Nota Kecil : Orang lain shopping raya, aku shopping nak masuk Universiti. Kau ada? Haha :p

20 comments:

Nilam suhana said...

wah bestnya dia..:)

aamalinaazman said...

waaaa
nak dpt kad raye gakk
huu
jeles2...hehehehe

Anonymous said...

smart kad raye tuh.. :D

Ezad Skytech said...

kreatif kan kad raya kat dalam gambar tu..hee~

oshin said...

hahaha malu la pulak....ape pon Selamat hari Raya !!!

sally wanny said...

hehe..tahniah2

Green Apple said...

kerja keras hira...
hira masuk UKM ke...

unknown said...

waa...

comeyny kad rye tu..

=)

Hafizin Jamil said...

pergh..panjang siot kad raya tu..nak satu

tia @ Ini Kisah Tia said...

gile kreatif yang kasi kad raya tu .. :)

Zahirah said...

PB, best la juga. hehe :D

Zahirah said...

aimie, sila-sila minta dari..... haha :D

Zahirah said...

asamasin, smart la kan? hehe :D

Zahirah said...

ezad, sangat kreatif. cemburu juga ni sebab comel sangat. haha :D

Zahirah said...

oshin malu eh? adeh. jangan malu-malu. comel tau! hoho. selamat hari raya juga oshin~ :)

Zahirah said...

thank you sally :)

Zahirah said...

kerja keras sikit je kak. hehe :D

Zahirah said...

clara, comel semestinya! :D

Zahirah said...

h.j, jangan minta dengan saya. saya tak tau mana nak beli. haha :D

Zahirah said...

kreatif sangat dah kak tia! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...