Sunday, August 14, 2011

Perlu undur diri

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Aku baru je lepas tengok cerita cerekarama ni. Almaklumlah, aku jarang betul duduk depan tv. Dari dulu sampai sekarang, perangai tak berubah. Meskipun duduk matrik pun, perasaan malas nak tengok tv masih ada. Orang lain sibuk nak tengok tv, aku pula tak nak. Alangkah peliknya aku. Huuuuu..


Entri malam ni tak nak panjang-panjang. Bikin korang ngantuk je baca, kan? Aku pun nak tidur ni. Esok kerja. Sebelum tidur, apa perlu buat? Basuh kaki dan baca doa? Eh, ada lagi la. Apa dia?




Ni haaaa...



Ubat batuk Woods. Batuk aku tak hilang lagi. Sadisnyaaaaa~ Aku tak suka ubat batuk lain. Yang ni rasa peppermint. Berangin. Sedap untuk ditelan. Hoho.



Susu Anlene. Baik untuk tulang dan juga gigi. Eh, aku dah 19 tahun. Cukup la tu kan? Haaa.. Siapa cakap minum susu tak best? Tu korang kot. Aku tak. Haha. Sejak hari Isnin hari tu aku mula amalkan susu walaupun sekali. Biasalah, aku sering kali mengalami sakit belakang. Kadang-kadang cepat penat. Haruslah aku minum ni supaya tulang aku kuat. Walaupun masih muda, "prevention is better than cure". Eh, tiba-tiba masuk bahasa orang putih pula. Huhu.



Okay lah korang, selamat malam. Nantikan entri aku seterusnya pada pagi esok. Hehe.



Nota Kecil : Sabtu depan adalah hari untuk mencari segala barang sebagai persiapan masuk Universiti. Hooray! :D

Pesanan dari penaja :Hari ni dan semalam, aku terlebih rajin join contest apa semua. Sibuk punya pasal. Hoho. Blog walking pun aku dah jalankan mana-mana yang patut. Yang belum tu, nanti aku terjah eh? Maaf kalau lambat. Sibuk ~___~

16 comments:

tia @ Ini Kisah Tia said...

tak suka minum ubat dan yeahhh ! sippp Tia minum susu anlene jugak .. tapi suka dutch lady :D

Syazwan Che Deraman said...

semoga cepat sembuh
anlene untuk ibu mengandung.
hehehe

selamat berpuasa.

cik najihah said...

get well soon ya..nnt nak ngedate sesame ni hihi

Ezad Skytech said...

semoga cepat baik batuk tu ye hira..
dan selamat malam..hee~

Dzarief Zuhdi said...

smoga cepat elok dari batok.. minum enfagrow A++ la.. baru best. hheehe

myra yusreena said...

same ah..xsuke tgk tv jugakk!! huhu

gdnite hira~! :)

merahitujambu said...

dgr dr mana ntah..lau batuk makan buah nenas..sbb nenas ada asid apa ntah..cuba laa...salam ramadhan..

hira said...

kak tia, meh give me 5! haha :D dutch lady pun sedap. tapi mahal la. nangis tau ~____~ haha. alasan kejap

hira said...

encik pilot, tak semestinya tak mengandung tak boleh minum. hahaha :p

p/s: selamat berpuasa juga. hehe

hira said...

kak najihah, boleh je. lagipun lama lagi tu. haha :D

hira said...

thank you izzat! :D

hira said...

dzarief, enfagrow A++? tu bukan untuk kanak-kanak ke? hahaha. suka-suka dia je suruh kita minum :p

hira said...

myra tak suka eh? meh give me 5 juga! haha :D eh, tak boleh goodnight. dah pagi. huhu

hira said...

merahitujambu, nenas eh? erk. mana nak cari ye? ehem ehem. haha :D nanti saya try kalau tak elok lagi. thanks tau! :)

p/s: salam ramadhan juga untuk awak ;D

sergeant keroro said...

ubat batuk tu sedap :P

hira said...

memang sedap. peppermint! haha :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...