Friday, August 12, 2011

Kaulah penyebab aku jadi macam ni

Assalamualaikum. Tajuk aku bukan main marah kan? Hehe. Sabar, baca dulu. Ingat tak dengan entri yang NI? Sila highlight nombor 3 tu eh? Bukan apa, aku tension betul kalau nak sapu la, lap tu la, lap ni la. Tak bermaksud aku ni malas ke apa. Tapi hidung aku ni agak sensitif =______= Tak boleh kena habuk. Bila sekali terkena, selsema la jadinya.


Kucing. Korang suka kucing? Aku fanatik betul dengan kucing. Betul, aku tak tipu. Kalau sesiapa yang kenal aku, mungkin dorang kenal kucing aku satu-satunya, Cik Itam. Kucing yang aku bela sejak berada di darjah 6. Lama tak?



Haaa.. ni yang tunjuk dengan korang ni....


Ni Cik Itam aku

Ni pula kucing lecturer matrik aku



Sama tak? Lebih kurang je kan? ;)



Ni nak cerita ni. Kucing lecturer tu la penyebab aku selsema sewaktu final exam dekat matrik hari tu. Malam nak exam, aku pergi main-main dengan dia. Bukan study, ok? Haha. Subjek matematik je kan? :p Pagi-pagi aku dah mula selsema dengan teruk dan jayanya. Masuk ke dewan bersama 2 plastik tisu yang berharga 20 sen setiap satu dengan mata yang berair seakan-akan menangis dan juga hidung yang merah. Fuhhhhh.. pakej lengkap!


Semua orang yang memandang aku memberikan reaksi muka yang sangat menarik. Seakan-akan aku ada masalah sehingga mengalirkan air mata. Mesti sadis kan dorang tengok muka aku ketika tu. Kawan sebelah katil aku hanya mampu tergelak je tengok muka aku macam tu. Ye lah, mana taknya asyik bersin. Lepas tu, tengok mata aku dah macam apa je. Putus cinta, mungkin? Hoho.


Perkara ni berlanjutan selama 2 hari. Kalau satu paper menggunakan 2 peket tisu. Kalau 5 paper? Eh, 10 peket. Hebat betul aku ni. Belum campur dengan tisu aku guna semasa di asrama. Kaya makcik jual tisu tu =__=


Konklusinya, aku berjaya anti kepada habuk dan juga bulu kucing. Yeahhhhh.. ~___~


Nota Kecil : Ada sesiapa sama dengan aku? Huhu

12 comments:

Nurnajwa said...

Ptot bwk satu kotak time exam, hehe ;)

twinkeenabilah said...

Saya pun minat gila kucing. Tapi takde alah pun. Siap cium-cium lagi kucing tuu :p

H.J said...

macam tu tak leh nk main nga kucing da

Ezad Skytech said...

sy cuma anti habuk je..haha~

SoLy SoLicious said...

kalo kena habuk ke ape yng berkaitan, sy pakai mask la jwbnye..kalo x, bersin kemain lagi..hahaha

azeelia azman said...

elergik bebenor dgn bulu kucing nmpak nyer.hehe.

hira said...

najwa, boleh ke bawa 1 kotak dik oi dalam dewan? karang kena tuduh pula. hoho

hira said...

twinkeenabilah, ni yang nak cemburu ni. adeh. hahaha :p

hira said...

h.j, boleh tapi tal boleh lebih-lebih. huuuu~

hira said...

izzat, saya tau tu! cemburu juga~ hahaha :p

hira said...

soly, hebat pula nampaknya siap pakai mask. haha :D saya dekat rumah je pakai. luar, tak mungkin. hoho

hira said...

azeelia, semestinya! haha :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...