Monday, August 15, 2011

Sweet la youuu~


Assalamualaikum. Ini bukan entri gula ke apa ke sampai jadi manis seperti sweet ye? Bukan juga iklan Sunsweet dan tak kurang juga kurma Yusuff Taiyob. Kalau tengok tajuk, boleh jadi ayat-ayat untuk si gadis dan juga si teruna yang sedang hangat bercinta. Betul tak? Haha. Okay, merepek sudah. Sebenarnya aku nak cakap pasal hadiah perkahwinan.


Haaa.. Selalunya manusia-manusia yang selalu membanjiri majlis perkahwinan ni prefer hadiah seperti frame, iron, baju, dan juga segala kelengkapan rumah la. Tapi jimat juga kan? Tak perlulah nak keluarkan duit nak beli itu, nak beli ni kecuali barang dapur. Ada ke orang nak bagi hadiah sayur? :p Kalau ada, meh bagitahu aku. Hehe.


Tapi..... Haaa.. Ada juga tapi tu. Tengah hari tadi sibuk packing barang ke dalam kotak apa semua, jadi cashier kejap. Ada seorang pak cik ni dari tadi pusing-pusing cari benda. Dah keluar, masuk balik. Aku pun tengok je la. Tak tau apa-apa la katakan. Kemudian, dia datang ke kaunter bayaran dengan 14 buku masakan. Fuhhhhh.. banyak wehhhh! Dah habis bayar, terlupa dia nak beli lagi satu. Masa tu dia ceritalah.


Dia sebenarnya nak hadiahkan kesemua tu untuk anak dia yang bakal berkahwin. Hari ni, mungkin? Nak suruh anak dia mantapkan skill masakan katanya. Baguslah tu. Masak untuk suami, kan? Tanggungjawab isteri la jaga makan, minum suami. Huuu.. Bagus betul pak cik ni. Sangat sweet, ok? Aku pun tak terfikir sampai macam tu sekali. Beruntung anak dia dapat ayah macam tu. Ambil berat sebelum anak dia memegang gelaran isteri orang :)


Nota Kecil : Ehem ehem. Aku pun tak sweet macam tu. Haha :p

Pesanan dari penaja : Segmen Pengalaman Beraya Di Kampung sudahpun tamat! ;D

8 comments:

SITI NOORNADIYANA said...

tak pernah t'fikir pun nak bagi hadiah buku masakan kat org kahwin. tapi betul jugak kan. kalau bagi hadiah periuk belanga, tak tahu nak masak susah jugak. heee... XD

myra yusreena said...

hoho..bgusnye ayh dyeee

Dzarief Zuhdi said...

haha.. terbaik lah.. nnt aku pun nk hadiah kan anak aku cooking book la.. haha

Ezad Skytech said...

Untung anak pak cik ni kan..hee~

hira said...

yana, betul tu! haha :D karang periuk tu buat koleksi pula. hoho

hira said...

myra, ayah dia memang bagus. superb! :D

hira said...

dzarief, dah pasang niat eh? haha :D

hira said...

terlebih untung izzat. hoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...