Tuesday, August 2, 2011

Siapakah DIA?


Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Hari ni nak review blog seseorang yang cukup korang kenali. Walaupun baru je menceburkan diri dalam bidang dunia blog ni tapi follower dah bukan main banyak. Semakin disebut-sebut oleh blogger lain. Tak kalah lagi, siap masuk dalam bloglist mereka yang ada blog best! Huhuiiiii~ Korang kenal ke? Aku pun kalah dengan dia ni. Hebat betul entry dia. Haaaa... Cuba teka. Nak bagi hadiah ni. Haha. Ok, gurau je. Malas nak selindung-selindung lagi.




Nah, aku perkenalkan....







Kenal kan? Siapa tak kenal tu, sila-silalah kenal ye? Aku bukan apa. Saja nak review. Memandangkan dia ni budak matrik aku. Haruslah kenalkan. Bukan nak tumpang popular ke apa eh? Aku ketuk juga sorang-sorang nanti. Haha.


Sebenarnya bukan budak matrik je, budak sains fizikal juga. Malah, budak satu kuliah dengan aku. Ye, aku tegaskan dekat situ, dia budak KULIAH aku! Dia je tak kenal aku. Aku kenal dia. Nampak sangat aku tak popular dekat kuliah. Dah la satu universiti nanti. Huuuuu.. Sadisnya~


Dia ni bukan sesempurna kita. Namun, hati dia sangat cekal dan tabah untuk mengharunginya. Kadang-kadang aku terfikir, macam mana lah dia nak jawab exam apa semua. Tulis entry blog pun macam mana eh? Uik, banyak betul persoalan yang bermain dalam kepala aku ni. Tak perlu korang tanya macam-macam.


Yang penting, selagi sempurna tu gunakanlah sebaiknya. Bersyukur dengan apa yang ada. Lagipun bukan kekal pun apa yang ada dengan kita ni. Silap hari bulan Dia nak ambil, maka redha je la kita semua dengan setiap ketentuanNya.


Memandangkan dia ni tengah buat giveaway, aku nak uar-uarkanlah dekat korang. Sila join eh? Dia ada invite aku, tapi tengah tunggu idea datang melimpah ruah macam susu yang jatuh ke dalam gandum. Maka jadilah, Coco Crunch! Merepek sudah. Haha. Tekan SINI untuk join giveaway beliau.



Nota Kecil : Eh, korang nak aku review blog untuk korang sekali ke? Nak ke tak nak? Ke nak aku buat segmen pasal review ni? Ngaaaa~ Tiba-tiba je dapat idea pasal benda alah ni pula. Haiyooo.. Kalau ada, aku buat. Kalau tak ada, kirim salam dekat mak ayah je la eh? Hoho


Pesanan dari penaja : Hari Puasa yang ke-2. Semoga tabah ye dan kuatkan iman. Lawan godaan sikit. Hehe.

17 comments:

safurara said...

owh mcm besh je ni.

Biar Tinggi di Langit said...

ceria2 sellau :)

Tea Dno said...

tak sesempurna kita? maksudnya?

Tea Dno said...

oh ok! tea dah tau. selama ni tea taktau. T___T

iPai said...

laa, satu matrik dgn suhazli ke .. uhuh .. kita tak sama matrix ek ? hehhe

tia @ Ini Kisah Tia said...

kejap nanti nak terjah dia :)

younotme said...

Salam ziarah sini.nurul baru buka blog baru.hehe.meh singgah biasiswa jpa meh^-^

Zahirah said...

memang best la kak rara. sila join giveaway tu eh? huhu

Zahirah said...

thanks gadis! :D

Zahirah said...

hehe. tea dah tau? tak apa, tak perlu bagitahu orang pun.

Zahirah said...

abang ipai, satu matrik laaa~ eh, abang ipai matrik mana dulu? hahaha :D

Zahirah said...

sila-sila kak tia :D

Zahirah said...

thanks nurul :)

Ezad Skytech said...

owh..dia ni mmg ok..masa first time dtg blog den..komen kat entri den tak engat dunia..hee..

Zahirah said...

keluar dah loghat nogori tu. hahaha. biasalah. dia tu kan hebat ;)

Suhazli said...

alamak hira..asal hez lambat tau ni yg hira review blog hez?arghhh!!hahaha.. tq eh? :D

1 kuliah eh?huhu tu la sape tak suh tegur hez..kan da tak kenal ni..hak3!hez malu la nak tgur2 org.. :p

pastu lak 1 uni?haha lagi la.. :D

hurmm pasal yang fizikal hez mungkin rmai agi kot tak tau.. =.=" ntah la..nak ckp ke x eh??

Mr.Superman said...

abg thu psl tu..:) xpe la.manusia yg sempurna fizikal pun x sempurna akalnya.x gn dgn baik.

tabahkn hati hez. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...