Friday, August 26, 2011

Mentang-mentang dah CUTI !

Assalamualaikum. Hai korang semua. Tadi aku saja pergi shopping kompleks untuk membeli barang. Nampak je banyak kereta, aku terus mengomel, "Mentang-mentang dah cuti, semua nak serbu shopping kompleks. Hai, monyomak ehhh! (baca dengan menyemak) Cepat-cepatlah korang blah. Tapi kalau korang tak ada, lugi pula wooo ini shopping kompleks" Hahaha. Boleh pula aku cakap macam tu. Karang tak pasal-pasal, aku pula yang kena tampar :p


*Macam ni la suasana tadi. Yang ni cilok dari Encik Google je*


Tapi suka hati aku la kan. Mulut aku. Haha. Aku memang otak senget. Kalau korang kenal aku face to face, baru korang tau sifat sebenar aku. Huehue.


Orang ramai sibuk beli barangan raya, aku sibuk beli beg raya. Ye, beg Universiti! Haha. Tengok, cakap pun dah melalut. Aku tau aku tak cakap pun, aku taip je. Syhhhh.. Senyap-senyap sudah. Aku beli beg besar gedabak tu. Senang kerja eden ni haaa nak angkut baju yang banyak-banyak tu. Sebelum ni, beg berat sangat sebab muatan berat. Tu yang dah koyak. Haih. Ganas betul aku =___=


Korang mesti dah kemas-kemas barang untuk balik kampung esok kan? Hati-hati eh korang? Pandu cermat, jiwa selamat. Kalau korang ataupun ayah korang ngantuk, bawa-bawa la berehat di R&R. Ingatlah orang tersayang. Hehe :D


Nota Kecil : Mood aku bukan bukan untuk raya sepenuhnya. Lalala~


Pesanan dari penaja : Aku still kena kerja hari Ahad dengan Isnin *half day*. Malam raya nak lepak Jalan TAR. Jom wehhhh.. Haha

30 comments:

cik najihah said...

beli jangan x beli haha

hira said...

beli la ni. haha :D

Saiazuan said...

brjimat2 la ya :)

Wanz Mejuez said...

ahahah rambang mata nak beli... tapi nk baya sakit kepala... byk sangat..

Freaky said...

saya dah lama ada di kampung sejak 3 bulan lepas. wawawa

ArulchelseA said...

mana2 skang ni padat je...esk lusa lagi parah ni.. kih kih kih

iPai said...

psss, dah beli beg U, nanti kena masuk U dah .. ehhehe

pss, ala kasi laa chance diorg rebut2 baju kat shopping complex .. hehhe

pss, balik kampung elok2 .. hira jgn duk kat belakang tidur dengkur tau .. teman ayah bawa kete .. heheheh

pss, laa nape kene keja .. cuti laa .. cuti laa

pss, er tak takut ke duk kat TAR malam raya .. dasat hira ni ..


Selamat hari raya hira !!!!!

Ezad Skytech said...

huhh..dekat2 nak raya ni makin sesak la shopping2 complex yang buat sale..haha~

sergeant keroro said...

hehe, semua cuti kot. dengan blogger pon cuti blogging :P

G3-lina said...

selamat hari raya n selamat bekerja! ngeeee

tia @ Ini Kisah Tia said...

hahaaa .. apapun , selamat hari raya dari Tia :)

Dzarief Zuhdi said...

ala.. cian nya kena keja malam raya.. siyes tak best kan.. chill k.. :D

HaNa HaNi said...

untung la dpt g shoppping
hahaha
^_^

Green Apple said...

hira x de kg ke..bukan main nak lepak kt Jln TAR..

hira said...

ye saizuan. hehe :D

hira said...

wanz, memang sakit kepala sebab mahal snagat kan? hahaha :D

hira said...

freaky, suka la tu eh? mentang-mentang cuti. haha :p

hira said...

arul, makin padat ke? tak sangat kot sebab ramai dah balik kampung. haha

Silbiabigail said...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Mohon maaf atas salah dan silap, mana yg tersinggung rasa... Semoga berbahagia selalu..!

hira said...

abang ipai, lawak pula baca komen abang ipai ni. hahaha :p

memang nak masuk U dah pun. tu yang tak ada mood sangat nak raya. hoho

yela-yela. saya mengalah. haha :p

eh, saya balik kampung lambat lagi la abang ipai. raya kedua kot.

abang ipai, saya kena kerja sebab tu tanggungjawab saya la. hehe

ala, pergi je jalan TAR tu dengan adik-beradik. tak takut pun :p

selamat hari raya juga abang ipai! :D

hira said...

izzat, memang padat kan? menyampah tau. haha :p

hira said...

encik keroro termasuk sekali la tu. hahaha :p

hira said...

selamat hari raya juga untuk lina. hehe. thanks tau! :D

hira said...

selamat hari raya untuk kak tia juga! :D

hira said...

haha. dzarief, saya kerja hari isnin tu sampai petang je maaa~ tu yang chill ni. hoho

hira said...

hana, mana ada shopping raya pun la :p

hira said...

kak GA, bukan tak ada kampung. raya kedua baru balik Johor tu haaa.. haha :D

hira said...

thank you silbi :) selamat hari raya juga! :D

SITI NOORNADIYANA said...

bace komen sume baru tahu hira balik kampung lambat. memang slalu balik kampung lambat ke dik? heee.. ^^

selamat hari raye.. balik nanti hati2. ^^

hira said...

lebih kurang la akak. haha :D

selamat hari raya juga untuk akak! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...