Wednesday, August 31, 2011

3 in 1 ! *macam iklan nescafe*

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua. Haaa.. Terus kau aku semangat letak "Salam 1 Malaysia" dalam entri. Hehe. Bukan apa, sekali sekala terlebih semangat apa salahnya, ye tak? Kalau baca entri ni sambil dengar lagu patriotik, fuhhhhh.. bukan main feeling terlebih.


Selamat Menyambut Kemerdekaan yang Ke-54 :)


Haaa.. Korang, tak pergi beraya ke? Ada je aku nampak yang rajin update tu. Salute la wehh.. Waktu ni lah yang membuatkan aku boleh meluangkan masa untuk layan cerita-cerita yang ditayangkan dekat tv tu. Kalau hari biasa, jangan harap. Aku selalu terperap dalam bilik. Kadang-kadang layan game, movie dan juga tak lupa untuk blog ni ;D



Selalu aku tengok blog-blog lain semua guna Blogger Draft yang baru tu. Aku nak juga tapi still tak tahu macam mana nak buat. Malam tadi aku gagahkan diri untuk search di Google. Akhirnya, jumpa wehhh! Tak sia-sia aku cari. Hehe. Sekali-sekala nak tahu apa yang best sangat tentang Blogger Draft ni, sanggup wooo~ Gua tanya sama itu olang, ini olang tapi tarak jawapan. So, gua kerahkan keringat gua untuk mencari sehingga berjaya. Wow, bukan main bahasa "gua-gua". Ganas. Hoho.


Malam tadi juga, kucing kesayangan aku tu asyik memanggil supaya ada orang buka pintu rumah untuk dia. Nasib baik aku duduk dekat ruang tamu. Bolehlah aku bagi dia masuk rumah. Tapi yang tak syoknya, sekali dia naik atas sofa dan terus landing atas laptop yang aku riba. Bikin aku panas je, kau kan? Haha. Siap landing, memang tak boleh blah.


Nah, tengok ni..



Menyemak kan? Sabar je lah aku. Huhu.


Okaylah korang, memandangkan aku pun dah begitu bosan sebab dari pagi asyik layan tv dan sekarang layan entri, aku nak blogwalking kejap. Main terjah-terjah, jom? Hahaha.


Nota kecil : Seronok pula bila guna version baru ni. Eh, jakun kejap.

Pesanan dari penaja : Thanks a lot kepada Cik Bunny sebab blog ni terpilih untuk Blog Pilihan Bulan September dalam blog beliau. Hehe. Terjah wehhhhhh~

12 comments:

Gelugoq said...

brtandang untuk beraya
susun 10 jari mohon maaf
selamat hari raya aidilfitri

Cik Baju Kurung said...

selamat hari merdekaraya! =)

Freaky said...

freaky x pandai nak guna draft blogger tu.. guna yang lama lg best. hehe

intan said...

Selamat Merdeka Raya Hira.. =)
btw thanx 4 kad raya tau..da lmbt tp nk ckp jgk..hehe ^_^

Ezad Skytech said...

tu la..sape la yang rajin sangat update entri tu..hee~

p/s : tahniah sebab blog ni terpilih sbg blog pilihan cik bunny..hee~

Clara said...

Akq, draft blog tu mcm mne?? ape beza ngan blog?

Pernah gx nak try tp tak taw plx cmne..

hira said...

gelugoq, thanks a lot! selamat hari raya juga :)

hira said...

CBK, selamat hari merdeka raya juga :D

hira said...

freaky, ada juga pro dan cons bila guna yang baru ni. tapi yang lama tu pun sama juga. huehue

hira said...

kak intan, selamat merdeka raya juga :D hehe. it's ok. your welcome ;)

hira said...

izzat, bukan awak pun tergolong juga ke? haha :D

p/s: thanks tau! hoho

hira said...

CR, blogger in draft tu macam biasa juga. ada juga kelebihan yang tak ada dekat blogger yang lama. hehe :D nak tahu ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...