Friday, August 19, 2011

Kau hanya untukku

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jiwang tak ayat tu? Haha. Baca dulu. Seorang kawan aku pernah bertanyakan satu soalan dekat aku. Tapi panjang juga la walaupun satu soalan. Sebenarnya satu percakapan yang mengandungi pelbagai soalan =__= Mula-mula rasa nervous la juga kan tiba-tiba je nak tanya soalan. Boleh pula aku terfikir, "sakit ke budak ni?" Haha. Dia panggil aku dengan panggilan "za". Okay, ni haa perbualan antara kitorang berdua.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Dia : Nak tanya sikit, boleh?

Aku : Apa dia? Kalau boleh jawab, za jawab la.

Dia : Apa za akan buat kalau ada orang nak meminang za tapi za tak tahu pun siapa orang tu? Sedangkan pada hakikatnya za kenal dia dan dia memang kenal za. Dia adalah kawan rapat za. Dia memang ada hati dengan za tapi za je tak tahu. Namun, pada masa yang sama za tengah tunggu lamaran dari seseorang yang za pilih untuk jadi suami dan juga ayah kepada anak-anak za dalam masa 2, 3 hari je lagi. Apa kata za?

Aku : Za kena buat solat istikharah untuk minta petunjuk yang mana satu yang telah ditakdirkan untuk za. Kan jodoh tu di tangan Tuhan. Insya Allah doa kita akan dimakbulkan. Meski cepat ataupun lambat.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Haaa.. Lebih kurang macam tu la soalan dia. Aku dah lupa sikit-sikit. Huhu. Lebih kurang 2 bulan lepas pun aku dah lupa. Adeh. Memori dah low betul. Haih. Mula-mula aku sebenarnya tersentap kejap dengan soalan dia tu. Yelah, aku tak terfikir pun macam tu. Complicated, mungkin? Haha. Pernah juga aku minta pendapat dari seorang kakak angkat (mungkin) mengenai hal ni, dia ada bagi tips-tips (macam pakar la pula). Aku layan je la. Hehe.


Apa kata korang? Apa yang korang akan buat kalau alami perkara sebegini? (skema la pula ayat =___=)

10 comments:

kemey said...

aritu kemey ade tengok satu movie,lbh krg cmni la konflik dia,org tu ckp ikut kata hati..so ikut kata hati la,kata hati yg dtg dari petunjuk Allah..

Wanz Mejuez said...

yes ... betul apa yg di nyatakan. .. mohon doa, berikan petunjuk... =)

Cik bunga mawar said...

wah! nevesnya...kwn awk tu lelaki eyh? entah2 dia..*wink2

kalau saya pon akan buat solat istikarah kot...
..tp dalam masa yang sama mesti saya akan paksa2 mak ayah bagi tau siapa orgnye hahaha

*curiosity killed the cat u know :)

Dzarief Zuhdi said...

saya mmg tunggu pompuan masuk meminang saya.. haha

ermm.. klu jadi kat sy, mmg pikir lama2... yer la, nk pilih pilihan yg terbaik kan..

hira said...

insya Allah kemey. thanks tau! :D

hira said...

thank you wanz :)

hira said...

CBM, jangan buat cerita dekat sini. panas youuu~ haha :D wah, siap main paksa-paksa kan? huhu

hira said...

dzarief, siap macam tu eh? terbalik la macam tu. hoho. hebat betul kalau ada perempuan yang betul-betul meminang lelaki :D

tia @ Ini Kisah Tia said...

wahh ! macam cerita satu novel .. Tia pun dah konpius kalau itu yang jadik dekat Tia ..

hira said...

novel apa tu kak tia? hoho. keliru kan? *wink wink hehe :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...