Saturday, July 10, 2010

masa sudah suntuk


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia untuk semua. Study week sudah bermula. UPS ataupun dikenali sebagai Ujian Pertengahan Semester hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Jika anda nampak empunya blog ni online, sila ingatkan beliau supaya luangkan masa lebih untuk belajar sebelum peperiksaan yang bakal menjelma ini. Kadang-kadang manusia ni alpa dengan hal duniawi, begitu juga diriku ini. Haish. Kepada semua pelajar-pelajar matrik, semoga berjaya dengan cemerlang :)

Friday, July 2, 2010

wahai sahabat, dengarlah~


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Hari ni aku hanya mampu membuat entry mengenai teman sahaja. Apabila kita bercakap mengenai teman, semua mempunyai teman masing-masing, bukan? Begitu juga aku. Namun, teman untuk berkongsi suka dan duka itu sesungguhnya sangat sukar untuk dicari. Dulu aku mempunyai seorang teman yang sangat rapat walaupun kami tidak pernah bersua muka, tetapi kami mengenali diri masing-masing. Sejak peristiwa yang tidak mungkin aku ungkapkan di sini, dia sudah berubah. Dia mula berahsia segalanya dari aku. Jika dahulu, kami sering menghantar pesanan ringkas hampir setiap masa namun kini telefon bimbitku hanya diam seribu bahasa dari segala bunyi deringan ataupun gegaran.

Jikalaulah dia tahu bahawa aku sedih melihat dia sudah berubah namun aku tak boleh nak berbuat apa-apa melainkan melihat dia bahagia dengan keadaan dia yang baru itu. Aku sememangnya tak boleh lupakan kenangan kami lalui dulu-dulu, yang sering gelak sama-sama, buat strategi yang tak munasabah sama-sama, sedih sama-sama. Tetapi semuanya hanya tinggal kenangan. Mungkin dia tak perasan dengan perubahan dia, itu yang membuatkan dia tidak mencari aku lagi. Jika dahulu dia mempunyai masalah, akulah orang pertama yang dia cari. Baik, lupakan sahaja semua itu. Biarlah semua itu berlalu dengan iringan angin sepoi-sepoi yang mampu menusuk tulang sum-sum. Mungkin itu semua dugaan buatku dan mungkin juga terdapat hikmah di sebaliknya.

Walaubagaimanapun, aku mempunyai pengganti dia. Teman rapat aku sekarang adalah teman sebilik dan juga teman sebelah katil. Aku akan berkongsi segala luahan hati aku dekat dia meskipun aku ni dianggap sebagai seorang yang agak gila-gila. Ramai yang cakap susah untuk faham diri aku ni. Betul ke tu eh? Tak apa, alhamdulillah aku sudahpun mempunya teman yang satu kepala, boleh berkongsi segala-galanya. Walaupun dia kadang-kadang agak sibuk dengan kerja dia, namun dia akan luangkan masa juga untuk aku. Dia sememangnya pendengar yang setia. Terima kasih banyak-banyak, teman. Sayang kamu :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...