Friday, April 30, 2010

tidak ku sangka

Assalamualaikum. lalalala~ Asyik update blog sahaja kerja aku. HAHA. Seminggu sahaja lagi, kemudian aku tak update dah. Petang tadi aku ditemani ayahanda tercinta untuk mengambil lesen kereta dan pergi ke Parkson untuk renew balik Bonus Link. Maaf, itu ayahanda saya punya, ye? HAHA. Hati berhajat nak pergi beli waffle sebab dah lama tak makan, tiba-tiba terjumpa seorang sahabat di sekolah rendah dulu. Masa reunion hari tu pun, jumpa dia juga.

Berminat? Sila tanya empunya badan. HAHA.

Tetapi sebelum tu, aku terjumpa seorang awek aku ni. Ada orang panggil nama "zahirah" sebanyak 3 kali kot. Aku pun pusing 360 darjah nak cari awek mana la yang panggil tu, rupa-rupanya awek tu dekat dalam kedai depan mata aku tu ha. HAHA. Terkejut kejap masa tu. Teman rapat yang dah lama tak jumpa sejak habis SPM hari tu. Sebelum balik, sempat aku ambil gambar kejap dengan dia. Habis kena peluk, laga-laga pipi apa semua. Tak buat, bukan kitorang la namanya tu. HAHA.

Diri sendiri nak sibuk juga dekat sini ;p

Ni ha awek aku. Cun, kan? Maaf, sudah berpunya. lalala~ HAHA.

Awek aku cakap, aku memang tembam. Badan je maintain. Haish. Semua orang cakap macam tu. Kenapa ye? Musykil dah aku tengok. Abaikan~ HAHA.

dia

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Tadi belek-belek fail gambar, terjumpalah gambar-gambar dulu. Haish. Rinduuuuuuuuu~ Bila nampak gambar masa bercuti ke Langkawi tahun lepas, teringin nak pergi bercuti. HAHA. Sila tekan sini untuk ke entry tersebut *tak banyak pun gambar*. Tapi berbalik kepada matlamat utama, kucing. Ada apa dengan kucing? Tak ada apa. Sahaja nak popularkan kucing aku dekat sini. HAHA.

Tengok dia tidur, tangan aku cepat sahaja nak kacau. Tak apa, tuan dia ni baik, kan? ;p Dah lama tak kacau. Nanti tuan dia ni tak ada, silalah nyau nyau sebut nama tuan ek? HAHA.

P/s : seminggu sahaja lagi sebelum pergi membawa diri. lalalala~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...