Sunday, April 24, 2011

kehidupan itu tak semestinya senang


Assalamualaikum dan selamat berjumpa kembali ye semua. Serius, sejak dah balik matrik ni tak ada keinginan langsung nak update blog. Kenapa eh? Aku sendiri tak faham. Penyakit apa entah yang merasuki aku ni. Hahaha. Nak keluar sangat pun dah tak boleh. Mania fulus sudah lesap bak ditiup angin rasanya. Heh. Kesian sungguh, bukan? Zahirah, kesabaran amat perlu di sini ye? *ala-ala cerita cuti-cuti cinta :p*

Sejak balik rumah, jadual aku sentiasa dipenuhi dengan movie. Haish. Dari pagi sampai la ke pagi esoknya memang muka sentiasa di depan laptop je la. Sanggup tu tengok walaupun mata dah kuyu tu kan. Heh. Biasa la tu kan. Di matrik, aku sentiasa tidur awal. Kadang-kadang sahaja perlu tidur lambat sedikit. Almaklumlah, pelajar la katakan. Ehem ehem. Ye ke? Haha. Abaikan.

Tapi sejak balik rumah ni, rindu juga dengan teman sebilik aku ketika di matrik. Mana tak nya , ada budak sebelah katil aku tu suka ganggu aku waktu belajar, nak tidur dan segalanya. Lagi-lagi waktu nak final exam hari tu. Bukan main sakan dia kacau. Huhu. Siap ambil gambar semua yang aku tengah buat. Sebagai contohnya, muka tension selepas belajar. Suka-suka je ambil tanpa keizinan. Tapi aku tak marah pun. Sekadar kenangan manis la katakan. Fuhhhhh.. Rindu~

Tak lupa juga dengan sahabat kelas yang tinggal di Tingkat 1 di blok yang sama. Tetapi aku berada di Tingkat 4. Aku suka turun bilik dia untuk borak-borak. Sangat seronok pada ketika itu. Kini hanya tinggal kenangan. Kami selalu diibaratkan sebagai kembar oleh pensyarah-pensyarah kami. Namun, aku pelik muka macam tak sama pun. Hehe.

Haish. Blog ni pun dah macam malas nak jaga pula rasanya. Nak update segala macam sedikit kemalasan melanda diri. Adeh. Apa nak jadi dengan saya agaknya ye? Hmm.. Tak apa. Saya akan bertekad untuk jadi rajin. Uish.. Azam baru yang perlu ditanam dalam diri.

Semangat untuk ambil kembali Lesen P ku yang asyik tergendala sejak masuk matrik pun haruslah ada. Kerja pun perlu dicari oleh sebab tertentu. Tak boleh tahu. Rahsia kerajaan. Hoho. Saya sudah kayap. Sayap tak ada ke? Chicken wing ke kan? Baru seronok. Erk. Kenapa hidup aku penuh dengan perkataan seronok? Aku pun tak tau la.

Mungkin disebabkan aku harus gembirakan hidup aku. Mungkin ye dan mungkin tidak. Oh, mesti sesiapa yang baca ni pening kan dengan apa yang ingin aku sampaikan. Tak apa. Apa yang penting sekarang, aku nak ambil lesen P dan juga cari kerja. Dah lama tak hidup berdikari cari duit ni. Mesti kehidupan aku akan berbeza sebentar lagi. Cabaran demi cabaran bakal menyusul. Saya harus bersedia :)

P/s : Maaf , terlalu panjang coretan pada kali ini :D

2 comments:

Ariel Pocong said...

Hahaha...cuti ni kalaw xda duet mmg sah la..lg2 kalaw org yg ske m'boros..Mcm aq...Huhuhuhh

hira said...

waaa..jujur!hahaha :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...