Assalamualaikum semua. Nampak tak tajuk ala-ala orang kecewa dalam percintaan? Padahal tak pun. Gua frust sikit je ni. Semua gara-gara "seseorang". Gua bukan nak buka aib sesiapa tetapi gua rasa tak sedap hati. Gua memang selalu cerita pasal ni dengan kawan-kawan sebilik gua. Dorang memang sangat memahami dengan situasi yang sedang gua alami ni.
Gua agak kecewa apabila "seseorang" tu "copy" and "paste" je kerja gua.
Gua penat lelah minta software dari individu tu, individu ni sehingga gua rasa "give up" dah sebab ada je masalah yang berlaku. Tetapi gua tetap berusaha tanya lecturer gua kenapa hasil kerja gua masih tak berjaya. Walaupun itu kerja kumpulan, tetapi "seseorang" tu tak membantu langsung. Langsung. 100% pasti.
Lebih baik gua buat kerja ni individu je. Macam tak ada inisiatif nak bekerjasama. Kalau sumbang sikit, bolehlah terima kot. Ni tak, dari cover depan sampailah helaian belakang sama je dengan gua punya. Setakat edit sikit je pun. Serius, gua kecewa. Gua tak dapat fokus sangat masa study semalam. Semua pasal ni lah.
Korang janganlah bagi muka dengan orang-orang macam ni. Bukan gua nak menghasut ke apa eh, cuma gua nasihatkan jangan bagi jalan mudah kepada mereka. Sampai bila nak berjaya atas usaha orang lain, kan? Ada otak, gunakan dengan sebaiknya. Bukannya terperap dalam tempurung kepala je tanpa berfikir cara untuk selesaikan masalah.
Nota Kecil : Gua takut lecturer gua perasan kitorang punya sama. Korang doakan semuanya ok, eh?

