Thursday, July 29, 2010

orang baru!sukaaa~


Assalamualaikum kepada yang suka menjenguk-jenguk blog aku ni. Aku tahu siapa yang suka sangat jejak kaki dekat sini. Maka dengan itu, sila berhati-hati. Eh, macam ugut pula bunyinya. HAHA. Abaikan~ Aku hanya nak ucapkan selamat tinggal kepada Nokia 2600 Classic dan selamat datang Nokia 5130 XpressMusic. Bahagia je bunyi tu kan? Huuuuu... Apa-apa pun, sejak akhir-akhir ni hidupku bahagia entah kenapa pun aku tak faham walaupun kerja-kerja yang seharusnya disiapkan sepanjang waktu cuti ni aku buat tak endah sahaja. Hoho. Baikkkk, aku kena rajinkan diri la untuk beberapa hari ni sebelum kembali ke matrik. Yeahhh.. rindu KMJ! HAHA. Jom balik :D

Thursday, July 22, 2010

sekembalinya saya :)


Assalamualaikum dan salam untuk hari yang ceria ni. awww~ HAHA. Baik, aku dah mula merapu. Fuhhh.. tepat pada pukul 7 malam aku sudahpun sampai ke rumah kesayanganku :) Sepatutnya pukul 2 petang dah dibenarkan untuk pulang tetapi apakan daya, memang aku kena pulang lambat juga atas sebab-sebab yang tertentu. Hati sayu je apabila melihat teman-teman pulang awal. Kotak fikiran mulalah nak fikir macam-macam, bila nak balik la apa la.. Tetapi aku join budak-budak PDT aka Program Dua Tahun. Mereka ni boleh balik selepas pukul 4 petang. Maka dengan itu, aku lepak, gelak, makan dengan mereka sementara menunggu ketibaan yang dinanti :)

Pukul 4 lebih, ayahanda dan kekanda tercinta sudahpun sampai. Semua barang-barang diangkut dari tingkat 4 sampai tingkat paling bawah. Kotak yang berisi penuh dengan buku-buku itu sangat berat. Dah la angkat seorang, sampai jari terluka sebab tergesel dengan dinding masa mengangkat kotak tersebut dengan penuh gigih. Huuuu~ Akibatnya, hari ni sakit satu badan sebab angkat kotak itu la =.= Tidur je kerja aku hari ni. Nak taip lama-lama pun menambahkan sakit je lagi. Tidur adalah salah satu jalan penyelesaian yang sangat baik. HAHA. Nak online lama-lama pun bosan. Dah tak ada benda yang menarik perhatian.

Tetapi, bila fikir-fikir balik, rindu pula nak study. Ikhlaskah aku? Mungkin disebabkan aku rasa bosan, belajar juga yang best. HAHA. Kenyataan apalah yang sedang aku buat ni? Iskkk.. Tak apa, sekarang waktu rehatkan minda setelah bertungkus-lumus belajar untuk UPS kelmarin. Kesian tengok para sukarelawan dan juga atlet-atlet yang mengambil bahagian untuk KAKOM ni tak dapat balik. Apa yang penting? Semoga para atlet KMJ berjaya~ Yeahhh.. :) Rasanya inilah masa untuk mengundurkan diri setelah menaip karangan yang tak berapa nak berjela-jela seperti esei MUET hari tu. HAHA. Sekian, wassalam :)

P/s: Semoga mendapat keputusan UPS yang cemerlang :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...