Wednesday, May 18, 2011

Akhirnya...

Assalamualaikum semua. Aku pasti budak-budak Matrikulasi semua dah tahu result bukan? Aku baru je buka tadi. Nervous sangat dah. Tiba-tiba je buka, aku terus nangis. Tak percaya sangatttttttttttttttttttttttttt.. Yang penting, aku lepas 3 pointer. Selama ni tak pernah capai dan aku sangat berpuas hati. Subjek matematik yang aku jawab masa pagi exam dalam keadaan yang tak sihat kerana diserang selsema yang sangat teruk pun memberikan aku A- Serius, masa aku buat entry ni aku sedang nangis. Alhamdulillah, terima kasih sangat-sangat, Ya Allah. Aku dah tak terkata-kata. Mungkin ini balasan apa yang aku pelajari semasa di Matrikulasi. Ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah KMJ kerana sudi ajar saya. Tak lupa juga kepada rakan-rakan yang membantu. Terima kasih banyak-banyak. Jasa anda semua tak dapat saya lupa sampai bila-bila :')
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...