Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini sambungan dari entry semalam. Mungkin ada yang kata bahawa aku berat sebelah. Haiyoo.. Baikkk.. Aku tak naklah dikatakan sedemikian rupa. Pertama sekali, aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapaku kerana sering memberi sokongan dan dorongan sewakttu pengajianku di matrikulasi. Mereka jugalah yang sering mengirimkan sejumlah wang apabila duit elaun sudah habis supaya anak mereka ini dapat meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar. Mereka juga sangat rajin untuk datang ke Tangkak semata-mata nak jumpa anak perempuan bongsu mereka ini. Itulah pengorbanan yang sering dilakukan oleh semua ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Betul, bukan? Khas kepada anda, terima kasih banyak kerana sudi memberi sokongan, dorongan dan juga sering kejutkan saya supaya belajar. Anda juga sering memberi motivasi untuk meningkatkan semangat saya bagi menghadapi peperiksaan. Terima kasih juga kepada encik-encik tisu kerana sudi temani saya sewaktu menghadapi peperiksaan. Tak lupa juga kepada puan alarm kerana sudi kejut saya seawal 5.30 pagi setiap hari bagi menghadiri kuliah dan kelas pagi meskipun pada ketika itu pelajar-pelajar Program Dua Tahun (PDT) sudah pulang ke rumah. Terima kasih tak terhingga kepadaNya kerana saya dikurniakan akal dan juga sihat tubuh badan tanpa cela kerana apabila kurang sesuatu, saya mungkin tidak setabah orang kurang upaya. Bersyukur sangat dengan apa yang telah diberikan olehNya. Semoga jasa anda semua sentiasa di ingatan sehingga nafasku terhenti. Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment