Monday, September 5, 2011

My Header is Cute and Simple

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Memandangkan Gelugoq dah tag aku, aku pun rajinkan diri untuk join. Sebenarnya nak taip entri pada waktu petang, tapi layankan je la.


Contest ini dibawakan oleh Marie


Nak join tak? Sila-sila tekan SINI. Mari kita meriahkan contest ni :)




Header yang simple tapi tak cute. Tapi aku nak juga bet header ni. Mana tahu ada yang jatuh hati *Okay, sila muntah* Haha :p


Tag :
2) Mama


Nota Kecil. Jom pergi beraya wehhhhh~ Haha :p

Sunday, September 4, 2011

Aku benci betul dengan kau.

Assalamualaikum. Wuuuu.. Sunyi sepi blog aku hari ni. Aku tak berupdate tak bermakna aku benci dengan kau, kau dan juga kau. Uik, berapa banyak daaaa~ Haha. Korang nak tahu aku benci dengan apa? Nahhhhhh.. tengok ni!



SHOPPING !


Aku benci dengan shopping. Okay, aku tipu. Commonlah kan perempuan suka shopping. Tapi aku bukan jenis kaki shopping ye? Sila alert. Aku hanya shopping di tempat-tempat tertentu. Paling favourite ialah WATSONS! Hahahaha.



Yeahhhh.. Aku sayang sama ini tempat. Tapi aku paling tension sebaik sahaja masuk ke WATSONS ni. Kau nak tahu sebab apa? Semuanya gara-gara aku akan beli banyak gila barang. Kadang-kadang termasuk pun aku akan beli sekurang-kurangnya satu barang. Kau nampak tak seakan-akan aku dihasut? Haha.


Petang tadi aku berjalan-jalan ke Alamanda, Putrajaya hanya sekadar untuk teman akak aku untuk mencari barang. Bila dah alang-alang masuk WATSONS, aku usya itu usya ni. Sekali hati aku menghasut supaya beli. Mula-mula nak beli satu je. Tapi tiba-tiba ternampak ni...




Produk terbaru GARNIER ! Excited bukan main, ok? Terus aku rembat tanpa memikirkan duit yang semakin menipis dalam beg dompet. Huuu.. Sebenarnya nampak ada diskaun terlebih masyuk untuk VIP WATSONS seperti aku, tu yang terus rembat. Hahaha :p


Alangkah tak bagusnya orang seperti aku sebab WATSONS ni telah menggalakkan aku untuk menjadi pengumpul barang-barang kecantikan seperti GARNIER. Tak lupa juga untuk shampu SUNSILK yang pelbagai warna. Haaa.. Baru korang tahu betapa addictednya aku dengan WATSONS ni. Semua benda nak beli sebab aku ada kad member dia. Tu yang masyuk bila membayar. Huehue.


Konklusinya, jangan ajak aku pergi WATSONS. Nanti penyakit aku menjadi lebih parah. Sadissss~


Nota Kecil : Aku baru tahu aku daftar 7hb bukannya 6hb. Nasib baik. Kalau tak, aku keseorangan di UPM tu. Haih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...